Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Putin perlu korbankan 20 juta tentera untuk menang di Ukraine – bekas Duta Russia

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mungkin perlu ‘mengorbankan’ 20 juta tentera untuk memenangi peperangan yang berlaku di Ukraine dan memastikan kedudukan politiknya terus kukuh.

Putin perlu korbankan 20 juta tentera untuk menang di Ukraine – bekas Duta Russia
Presiden Tajik Emomali Rahmon, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Makam Askar Tidak Dikenali selepas perarakan tentera Hari Kemenangan di Moscow pada 9 Mei. (Gamber AFP)

Perkara itu disampaikan oleh bekas Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Boris Nondarev kepada Sky News.

Bondarev sebelum ini meletak jawatan selepas Russia melancarkan perang terhadap Ukraine.

Beliau memaklumkan, era Putin ‘sudah berakhir’ dan pemimpin itu perlu berdepan dengan realiti.

“Pada mulanya, saya fikir Putin sangat berkuasa dalam tempoh 20 tahun ini, namun sebenarnya beliau hanya bernasib baik dan kini, nasib baiknya itu sudah pun berakhir.

“Untuk memenangi perang di Ukraine, Putin mungkin perlu mengorbankan 20 juta tentera dan adakah perkara itu wajar dilakukan?,” Soalnya.

Selain itu, Bondarev juga memaklumkan, sokongan dalaman buat Putin semakin lama semakin luntur dan tidak mustahil jika kedudukannya akan digulingkan suatu hari.

“Putin seorang yang berpegang kepada prinsip dan untuk mencapai perkara itu, beliau akan melakukan apa sahaja,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan