Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ibu jahanam! Tergamak simbah cecair peluntur pada kemaluan anak kandung sendiri

HOUSTON: Tujuh kanak-kanak yang menjadi mangsa dera ibu kandung dan teman lelaki wanita itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) tampil membongkarkan kisah penderitaan dialami mereka selama beberapa tahun termasuk dipaksa minum peluntur.

Ibu jahanam! Tergamak simbah cecair peluntur pada kemaluan anak kandung sendiri
Rakaman pengawasan menunjukkan dua remaja kembar itu memohon bantuan selepas melarikan diri daripada penderaan Zaikiya Duncan.

Malah, kanak-kanak itu turut disimbah dengan peluntur pada bahagian kemaluan mereka beberapa kali oleh ibu kandungnya.

Lapor Daily Mail, kes penderaan terhadap tujuh kanak-kanak itu didedahkan media selepas dua beradik kembar berusia 16 tahun berjaya melarikan diri dari rumah mereka di Houston, Texas.

Zaikiya Duncan (kanan) bersama teman lelaki Jova Terrell (kiri), yang baru-baru menyewa kediaman di kawasan Houston. Gambar: Facebook

Wanita itu, Zaikiya Duncan, 40, bersama teman lelakinya, Jova Terrell, 27, ditahan di Baton Rouge, Louisiana ketika cuba meloloskan diri selepas mengetahui anak kembar itu berjaya melarikan diri dari rumahnya.

Kanak-kanak itu dibogelkan dan dikurung dalam bilik dobi di rumah itu, dengan keadaan tangan mereka sering digari dan kaki diikat.

Ibu jahanam! Tergamak simbah cecair peluntur pada kemaluan anak kandung sendiri
Dua kembar berusia 16 tahun itu mengalami lebam teruk di pergelangan tangan.

Mangsa juga dipaksa minum cecair pembersih rumah serta makan najis mereka sendiri.

Beberapa gambar memaparkan badan dua beradik kembar itu penuh dengan luka lebam serta parut pada pergelangan tangan dan buku lali mereka.

Sementara itu, mangsa kembar memberitahu dia menjumpai kunci gari di dalam beg tangan ibunya dan terpaksa menyorokkannya dalam mulut sebelum membuka gari lalu melarikan diri kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan).

Katanya, mereka melarikan diri dalam keadaan kaki ayam dan mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta bantuan kerana tidak tahan dengan deraan tersebut.

Dalam pada itu, polis berkata, lima lagi anak Duncan yang berusia tujuh hingga 14 tahun kini ditempatkan di bawah jagaan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

Katanya, kanak-kanak itu memberitahu pasukan penyiasat bahawa Duncan memaksa mereka minum peluntur dan menyimbah cecair itu pada kemaluan sehingga membakar kulit mereka.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan