Tempat lintasan kereta api kadangkala diabaikan oleh pengguna, akhirnya membawa kepada risiko diri dan kemalangan. Seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila hampir dilanggar oleh kereta api dalam kejadian di kawasan Ramnagar, Uttar Pradesh, India pada 26 Ogos lalu.
Menurut laporan, penunggang motosikal itu akan diberi notis dan mungkin juga ditahan kerana cuba menyeberangi landasan walaupun ketika lintasan kereta api ditutup. |
Memetik laporan NDTV, rakaman CCTV memaparkan lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya dan melarikan diri beberapa saat sebelum kereta api meluncur laju ke arahnya.
Namun, motosikal miliknya itu dilihat musnah dilanggar oleh kereta api.
Ketika kejadian, lelaki terbabit bersama beberapa orang yang lain dilihat cuba untuk melintasi kawasan landasan sebelum masing-masing panik melihat ketibaan kereta api.
Lelaki itu yang sedang menunggang motosikal dilihat seakan sedang bergelut untuk berundur kerana kenderaannya itu tersangkut pada landasan.
Difahamkan, penunggang motosikal itu menyeberangi landasan tersebut walaupun ia telah ditutup dan notis juga telah diberikan.
Menurut NDTV, lelaki terbabit mungkin akan ditahan di atas tindakannya itu.
Sehingga kini, video tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat hampir sejuta tontonan.
Sumber: NDTV/SiakapKeli
0 Ulasan