Video Long Tiger ‘sembang kari’ ajak gaduh mencabar orang lain kembali tular |
Mana tidaknya, satu klip video yang menyaksikan Long Tiger atau juga Long Burma ‘sembang’ dan mencabar orang lain kini kembali tular di media sosial.
Klip tersebut menunjukkan, lelaki botak berbangsa Rohingya itu mencabar orang yang berani untuk berdepan dan jika boleh untuk menumbuk mukanya.
“Kalau boleh tumbuk muka aku, kalau boleh la. Secara berdepan, kita tengok ilmu sapa yang tinggi.
“Tok guru siapa yang handal, aku menuntut dulu dengan siapa aku lupa. Kita boleh tengok siapa yang hebat. Datang lah berdepan,” jelasnya.
Video tersebut juga turut menyaksikan Long Tiger turut membuka ‘buah’ dan menunjukkan gerakan aksi silatnya dengan hebat sekali.
Selepas kisahnya yang lari dan kemudian ditangkap di Kuala Ketil, Kedah baru-baru ini, rata-rata orang ramai menyifatkan Long Tiger sebagai ‘sembang lebat’.
“Dia punya sembang kalau boleh langit pun dia nak gigit. Akhirnya, kena tahan juga. Macam mana la bangsa ni boleh pula orang angkat dekat sini,” ujar adam_ariff.
Baca juga:
Baca juga:
1: Selepas 13 hari bersembunyi, akhirnya Long Tiger berjaya diberkas semula
2: Anak guam jadi buruan polis, Peguambela Long Tiger tarik diri
“Sembang hebat sangatkan, ni kalau kena sebat dengan batang paip dalam lokap nanti tunjuk la ‘buah’ kau tu.
“Pelik aku, ada juga Melayu yang cium tangan dia ni. Ada yang sanggup sorok dia ni, masalahnya dia ni siapa sebenarnya,” ujar ImanMalik78. – K! ONLINE
0 Ulasan