Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Sangat Biadap!...” – Gelarkan Anuar Zain sebagai gay, Ziana Zain tempelak Dato' Seri Vida

SEJAK kelmarin, nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) hangat diperkatakan di media sosial selepas tular video memperlihatkan dia menggelar penyanyi terkenal, Anuar Zain sebagai gay.

“Sangat Biadap!...” – Gelarkan Anuar Zain sebagai gay, Ziana Zain tempelak Dato' Seri Vida
Gelarkan Anuar Zain sebagai gay, Ziana Zain tempelak Dato' Seri Vida

Perkara tersebut difahamkan timbul sewaktu DSV tampil menerusi satu sesi live di Instagram menjawab pertanyaan dan cadangan netizen yang memintanya untuk mengorat penyanyi bersuara merdu itu.


Meskipun dalam nada berbisik, ramai mendakwa usahawan itu telah menyebut perkataan gay seolah-olah merujuk kepada Anuar.

“Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gay!” kata Vida,

Tak patut keluar perkatan tu!..

Tindakan Vida yang selamba menilai kecenderungan seks orang hanya dengan mengikut pemahaman sendiri kemudiannya membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya peminat Anuar Zain yang menyifatkan Vida sebagai keterlaluan.

@yus_dexter Tak patut keluar pun perktaan tu!! #fyp ♬ original sound - TikToker



Ramai yang kemudiannya menggesa Vida untuk membuat permohonan maaf kepada Anuar Zain.

Isu ini kemudiannya turut sampai ke pengetahuan penyanyi terkenal, Ziana Zain yang juga kakak kepada Anuar.

Dia menerusi ruangan komen kemudian menempelak Vida dan mengelarkannya sebagai biadap.

Gelarkan Anuar Zain sebagai gay, Ziana Zain tempelak Dato' Seri Vida

Gelarkan Anuar Zain sebagai gay, Ziana Zain tempelak Dato' Seri Vida

Gelarkan Anuar Zain sebagai gay, Ziana Zain tempelak Dato' Seri Vida




Jangan lupa baca juga:

Heboh nak taja Yassin Senario buat gigi baru, Dato' Seri Vida dikecam, tumpang populariti artis
“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak, saya pun tak nak ” — Vida

Vida nafi, dakwa sebut ‘Ok’ bukan ‘gay’

Dalam pada itu, Vida menerusi satu video yang tular di YouTube menafikan dia menyebut perkataan gay sebaliknya menjawab “okay” dalam nada berbisik.



Akhirnya Vida buat permohonan maaf

Akhirnya Vida buat permohonan maaf kepada Anuar Zain, keluarga dan seluruh peminat. Dalam satu video yang dimuatnaik dalam Youtube, beliau dengan penuh rasa kesal atas ketelanjuran kata-kata beliau.

Beliau menambah jika boleh ingin berjumpa in-person dangan Anuar Zain untuk menyampaikan permohonan maaf secara berdepan.



Semoga keadaan kembali harmoni dan isu ini selesai dengan sebaik-baiknya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan