Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tripledemic, tiba masa untuk rakyat kembali pakai face mask, kata pakar kesihatan

Tripledemic, telah tiba masa untuk rakyat kembali pakai face mask, kata pakar kesihatan. Pemakaian pelitup muka kembali lagi, namun kini fungsinya bukan sekadar ‘senjata’ untuk menghalang COVID-19 merebak.

Tripledemic, tiba masa untuk rakyat kembali pakai face mask, kata pakar kesihatan
Tripledemic, tiba masa untuk rakyat kembali pakai face mask, kata pakar kesihatan

NYTIMES melaporkan, di Amerika Syarikat (AS) kini berlaku penularan ‘tripledemic’ yang merujuk penularan tiga virus iaitu coronavirus, influenza dan syncytial pernafasan atau RSV, membabitkan beberapa bandar dan daerah termasuk New York serta Los Angeles.

Situasi itu mendorong orang ramai di kawasan berkenaan untuk kembali membiasakan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup awam.

Berdasarkan keadaan di seluruh negara lebih dua minggu lalu, kadar kes COVID-19 meningkat sehingga 56 peratus, manakala kadar kemasukan ke hospital meningkat sehingga 24 peratus.

Sehubungan itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS menganggarkan terdapat 13 juta penyakit dan 7,300 kematian akibat flu pada musim kali ini.

Jumlah itu dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang.

Sepanjang dekad lalu, kematian tahunan disebabkan flu sekitar 12,000 hingga 52,000 orang dan waktu kemuncaknya pada Januari serta Februari.

Penularan RSV akhirnya menurun, namun kadar jangkitan masih tinggi.

CDC secara rasminya mengeluarkan nasihat pemakaian pelitup muka secara berperingkat, berdasarkan tahap COVID-19 dalam komuniti membabitkan kriteria berkaitan virus seperti kemasukan ke hospital, kapasiti katil dan kadar kes.

Bagaimanapun, dalam satu temubual dengan NPR minggu lalu, Pengarah CDC, Rochelle Walensky, berkata semua pihak tidak perlu menunggu saranan CDC untuk memakai pelitup muka.

Tripledemic, tiba masa untuk rakyat kembali pakai face mask, kata pakar kesihatan
Tripledemic, tiba masa untuk rakyat kembali pakai face mask, kata pakar kesihatan

Pakar perubatan pencegahan dari Pusat Pengajian Perubatan Universiti Vanderbilt, Prof Dr William Schaffner, berpandangan kadar COVID-19, selesema dan RSV mungkin lebih sengit atau sedikit kurang teruk di beberapa bahagian negara, tetapi keadaan itu menunjukkan seluruh negara sebenarnya terjejas.

Beliau menggesa supaya sesiapa sahaja yang tinggal dengan golongan berisiko memakai semula pelitup muka di tempat awam.

Antara golongan berisiko adalah orang dewasa berumur 65 tahun ke atas, wanita hamil, penghidap penyakit jantung, diabetes dan paru-paru serta sesiapa yang mempunyai sistem imun lemah.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan