Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih tertimbus di perkhemahan Father’s Organic Farm

HULU SELANGOR: Dianggarkan seramai 100 orang menjadi mangsa tanah runtuh dalam satu kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands di sini kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih tertimbus Father’s Organic Farm, Genting Highlands
Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih tertimbus di perkhemahan Father’s Organic Farm

Bagaimanapun, seramai 31 mangsa berjaya ditemui sementara yang lain dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.24 pagi sebelum mengerah pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Rawang ke tempat kejadian.

“Dalam maklumat awal, komander operasi melaporkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan berkenaan yang berada berdekatan dengannya.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan tanah runtuhan 0.4 hektar. Maklumat awal dari polis terdapat 100 orang yang berada dalam tapak perkhemahan tersebut yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih tertimbus Father’s Organic Farm, Genting Highlands

Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih tertimbus Father’s Organic Farm, Genting Highlands

Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih tertimbus Father’s Organic Farm, Genting Highlands

Beliau menambah, maklumat terkini diterima daripada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberitahu 31 mangsa ditemukan selamat di lokasi kejadian.

“Pasukan K9 dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Turut dikerah ke lokasi kejadian adalah pasukan Unit Operasi Taktikal dan Pasukan Menyelamat (STORM),” jelasnya. – Utusan



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan