Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Situasi COVID-19 negara, kebanyakan indikator menunjukkan penurunan

PUTRAJAYA: Situasi COVID-19 di negara ini dilihat semakin pulih apabila kebanyakan indikator pada minggu epidemiologi (ME) 39/2022 menunjukkan penurunan.

Situasi COVID-19 negara, kebanyakan indikator menunjukkan penurunan
Situasi COVID-19 negara, kebanyakan indikator menunjukkan penurunan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ME 39/2022 atau dalam tempoh antara 25 September hingga Sabtu lalu itu menunjukkan kemasukan pesakit COVID-19 bagi kategori satu dan dua menurun sebanyak 7.7 peratus.

Selain itu, penurunan peratusan juga dapat dilihat bagi kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima yang menurun sebanyak 13 peratus.

"Situasi itu menjadikan jumlah penggunaan katil turut menurun iaitu penurunan satu peratus pada penggunaan katil bukan kritikal dan di katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun tiga peratus.

"Selain itu tiada perubahan atau kekal sifar peratus pada penggunaan katil di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) serta pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun 0.4 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes positif COVID-19 yang dipantau di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara turut menunjukkan penurunan secara keseluruhan

"Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak sembilan peratus, bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 53.5 peratus manakala terdapat sedikit peningkatan bagi bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital sebanyak 8.2 peratus," katanya.

Bagi trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) pula, pada akhir ME 39/2022 ia menunjukkan penurunan sebanyak 10.8 peratus berbanding minggu sebelumnya (dari 30,819 kes kepada 27,486 kes).

Sumber: BH Online

Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan