Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kad debit tertinggal di restoran diguna orang lain, pemilik kad dah halalkan semuanya

Kes kad debit seorang lelaki yang digunakan oleh seorang wanita selepas tertinggal di atas meja sebuah restoran di Johor semalam dianggap sudah selesai.

Kad debit tertinggal di restoran diguna orang lain, pemilik kad halalkan semuanya
Wanita bertudung biru didakwa menggunakan kad debit milik lelaki berbaju putih di kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Pemiliknya, Arzaim Barimin menerusi satu hantaran di Facebook JDTFC berkata, dia telah mengakui kesalahan kerana cuai dan telah berjumpa dengan wanita yang menggunakan kad debit tersebut semalam.

“Saya pemilik kad debit tersebut. Kes dah selesai ya. Saya akui silap saya cuai selepas selesai bayar ambil gambar menu dan cadang nak beli untuk sarapan dengan isteri esoknya.

“Boleh pula kad tu sama warna dengan menu. Saya terima masej dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya tidak lepaskan kerana jumlahnya besar,” tulisnya.

Tambahnya , pesalah ada hubunginya petang semalam selepas video tersebar dan telah berjumpa di Puteri Harbour pada pukul 9 malam.

“Dia mengaku salah ada “terguna” kad saya empat kali. Dua kali beli burger, dua kali di KK Mart Gelang Patah.

“Duit yang digunakan adalah untuk beli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dengar penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yang dibelanjakan,” katanya.

Tambahnya , pihak restoran Woodfire juga telah membayar kembali jumlah pembelian wanita yang menggunakan kad debit itu kepadanya.

“Burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab sava dah terima refund dari Woodfire. Terima kasih Woodfire dan JDTFC bantu dari awal kes sampai selesai.

“Kes sudah selesai ya semua. Saya undur diri dulu, minta jadikan pengajaran untuk semua,” jelasnya. – Kosmo!



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan