Ah Long salah rumah lagi… keganasan makin menjadi-jadi, seolah tiada undang-undang. Tindakan ganas Ah Long berterusan menakut-nakutkan masyarakat kini semakin berkeluasa seolah negara ini tiada undang-undang.
Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu agar masyarakat dapat dilindungi dari tindakan ganas seumpama ini.
Terbaru seorang pengguna FB, Fakhrul Racy memuat naik hantaran di facebooknya, mengatakan ah long telah tersalah rumah menyimbah cat di rumahnya.
“Astaghfirullahalazim balik kerja penat2 kena macam ni.. no betul alamat salah.. entah siapa yang pinjam, rumah aku yang kena...
“Nasib baik kereta tutup dengan selimut kalau tak tak tahu nak cakap apa.. nasib baik anak bini tak de pape.. selalu nampak orang lain kena kan.. kali ni kita yang kena 😌,” katanya.
Laporan polis mengenainya telah dibuat di Balai Polis Taman Universiti dan kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Kemajuan 3, taman berkenaan.
Seharusnya pihak berkuasa bertindak tegas agar menjadi pengajaran kepada mereka dan tidak melakukan keganasan dan kesalahan seumpama ini.
Mungkin kita merindui zaman ketegasan mantan Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay membanteras ah long di Johor suatu waktu dahulu.
Kerajaan, pihak baitulmal juga diharap dapat menyediakan kaedah agar rakyat yang terbeban akibat kegawatan ekonomi sekarang dapat keluar dari permasalahan mereka.
Sebagai contoh, kerajaan boleh membenarkan pengeluaran KWSP sekali lagi agar mereka yang mempunyai masalah mendesak dan baki yang mencukupi diberikan kelulusan tanpa syarat.
Pelbagai inisiatif dan bantuan perlu di permudahkan disalurkan agar ia dapat dinikmati serta masyarakat dapat menghindari dari meminjam kepada ah long. - VoiceJohor
0 Ulasan