TINDAKAN pelakon cantik manis, Fatin Afeefa memuat naik satu InstaStory di laman Instagram miliknya mengundang persoalan ramai berhubung statusnya ketika ini.
Kongsi video wanita sarungkan cincin ke jari manis, adakah Fatin Afeefa bertunang? - Gambar IG |
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan seorang wanita disarungkan cincin di jari manisnya oleh wanita lain seperti melangsungkan acara merisik atau pertunangan.
Dalam hantaran tersebut, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, berkongsi detik di mana seorang wanita menyarungkan cincin ke jari wanita lain seperti sebuah majlis pertunangan yang biasa dalam masyarakat Melayu.
Namun, video berdurasi 15 saat itu tidak mendedahkan wajah kedua-dua wanita tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya pengikut sekiranya pelakon filem Tentang Bulan itu mengikat tali pertunangan.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, pelakon berusia 28 tahun itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi berkenaan.
Sebelum ini, tular sekeping foto memaparkan Fatin bersama seorang lelaki yang didakwa netizen sebagai kekasihnya.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu menjadi bualan ramai susulan perbalahan mengenai nafkah anak dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Adam Shahz.
Beberapa hari selepas itu, Fatin dilihat menangis teresak-esak selain menyatakan hasrat untuk meninggalkan dunia seni menerusi satu siaran langsung di aplikasi TikTok.
Untuk rekod, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkahwin dengan Adam pada 2013, namun berpisah empat tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: Instagram Fatin Afeefa
0 Ulasan