Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Diva AA bertanding PRU15 lawan Azmin, akan suap rendang ke mulut abang jika menang

Azwan Ali (atau Diva AA) sememangya antara selebriti yang dikenali dengan pelbagai kontroversi dan sensasi yang sering mendapat perhatian para netizen di Malaysia. Dia juga yang dikenali sebagai Diva AA kini masih aktif menceburi bidang seni seperti pengacara dan pelakon walaupun sudah berusia 56 tahun.

Diva AA bertanding di Gombak lawan Azmin, akan suap rendang ke mulut Azmin Ali jika menang
Azwan Ali memberitahu sekiranya dia meraih kemenangan di Parlimen Gombak, dia akan bertindak untuk ‘menyuap’ sendiri air tangan masakannya iaitu rendang di mulut abangnya.

Baru-baru ini, Azwan Ali mendedahkan bahawa ada kemungkinan dirinya akan bertanding di Parlimen Gombak pada Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Kosmo!, Azwan Ali meluahkan dia tidak berasa gentar untuk bertanding merebut kerusi kawasan tersebut yang juga abang kandungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Rata-rata ramai yang bertanya sekiranya dia bakal memunculkan diri pada PRU kali ini untuk bertanding mendapatkan kerusi seperti sebelum ini.

“Ramai bertanya, adakah saya akan bertanding pada PRU-15 akan datang?”

“Biarpun saya hanya meraih 90 undi ketika bertanding sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa PRU14 lalu, saya tak serik untuk bertanding sekali lagi.”

Semasa perbualannya bersama media, dia juga memberitahu yang dia akan mula berkempen dengan menjual rendang yang pernah meraih perhatian ramai pada PRU yang lepas, termasuk menyantuni komuniti dengan menghadiahkan juadah air tangannya sendiri.

“Kalau dulu (ketika kempen PRU14) saya masak tiga kawah, kali ini saya target 10 kawah untuk dikongsikan kepada orang ramai yang tinggal di kawasan Gombak.”

Dia juga ada memberitahu sekiranya dia meraih kemenangan di Parlimen Gombak, dia akan bertindak untuk ‘menyuap’ sendiri air tangan masakannya iaitu rendang di mulut abangnya.

“Tak kisahlah apa orang nak cakap saya. Yang penting, sekurang-kurangnya saya ada usaha untuk melihat negara ini bergerak ke arah demokrasi lebih mampan.”

Ditanya sama ada betul atau ke tidak bahawa dia akan bertanding, jawapannya hanya meminta untuk semua menunggu pengumuman rasminya tidak lama lagi.

“Tunggu sahaja pengumuman saya tidak lama lagi sama ada benar saya akan bertanding di Parlimen Gombak dan mewakili parti apa. Saya positif undian yang sebelum ini hanya berhenti pada angka 90 akan meningkat kali ini di Parlimen Gombak.”

Pada PRU14 yang lepas, Azwan pernah bertanding sebagai calon Bebas untuk DUN Bukit Antarabangsa dan mencuri perhatian netizen mengenai kempennya yang berkongsi rendang kepada komuniti di sana.

Dia hanya meraih 90 undi sahaja ketika itu sekaligus tewas di kerusi tersebut selepas menghabiskan berhabis puluhan ribu ringgit untuk berkempen.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan