Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Macam sesuai dengan Shuib...” — Ada yang cadang ‘jodohkan’ Siti Nordiana, Shuib

NAMA Shuib nampaknya akan sentiasa menjadi bahan bualan netizen, terutama selepas dia meluahkan hasrat sudah terbuka untuk mencari teman hidup menggantikan posisi arwah isterinya, Siti Sarah.

Ada yang cadang ‘jodohkan’ Siti Nordiana, Shuib
Ada yang cadang ‘jodohkan’ Siti Nordiana, Shuib

Tolak tepi sekejap soal ciri-ciri atau apa jua syarat yang ditetapkan oleh keluarganya, entah mengapa tiba-tiba sahaja nama penyanyi Siti Nordiana atau Nana pula yang menjadi sebutan, siap dipadankan sesuai untuk dijadikan isteri Shuib.

Semuanya gara-gara sebuah video seorang pereka fesyen yang memaparkan Nana hadir untuk menempah busana dengannya dan sempat berseloroh, adakah baju itu baju untuk kahwin.

Nampak sahaja video tersebut dalam TikTok, netizen pun teruslah buat spekulasi sendiri. “Dengan Shuib ke?” soal seorang netizen.


“Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna TikTok yang memberi bayangan seperti bersetuju dengan padanan tersebut.


Lain macam betul, netizen pula yang sibuk memikirkan wanita mana yang sesuai dengan bapa tunggal kepada empat orang anak itu. Tidak kisahlah siapa pun, janji Shuib bahagia.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan