Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kes pukul lelaki 44 tahun tular di media sosial, polis cari BOTAK untuk bantu siasatan

IPOH – Polis sedang mengesan suspek kes pukul seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Cik Zainal dekat Chemor di sini selepas gambar berkaitan kejadian itu tular di media sosial semalam.

Kes pukul lelaki 44 tahun, polis cari BOTAK untuk bantu siasatan
Kes pukul lelaki 44 tahun tular di media sosial, polis cari BOTAK untuk bantu siasatan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu selepas adik lelaki mangsa membuat laporan polis mendakwa abangnya berusia 44 tahun dipukul lelaki dikenali sebagai ‘botak’.

Katanya, pengadu berusia 41 tahun itu mengetahui kejadian menimpa mangsa pada pukul 6.30 pagi, semalam melalui kumpulan WhatsApp keluarga.




“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan di belakang kepala dan lebam di muka serta badan,” katanya di sini hari ini.- Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan