Remaja 13 tahun hilang 30 jam dedah lokasi sebenar dia disembunyikan makhluk halus |
Susulan peristiwa tersebut, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, berkata, selepas ini dia tidak lagi akan membuang air kecil di kawasan semak.
Cerita remaja itu, sepanjang hilang, dia tidak mengingati apa yang berlaku pada dirinya selain berasa hanya seperti tertidur selama satu jam dan ditemukan penduduk kampung.
Pelajar tingkatan satu hilang dipercayai selepas membuang air kecil dalam semak.
Remaja hilang dedah lokasi sebenar dia disembunyikan makhluk halus hilang chord doa barang hilang chord hilang permata yang hilang
“Saya percaya makhluk halus sorok saya. Makhluk halus membawa saya ke kawasan pokok terap yang terletak berhampiran sungai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Sejak kejadian itu, dia tidak lagi tinggal di kampung tersebut kerana berasa bimbang kena sorok lagi.
Sementara itu, bapa saudara Azim, Azizul Rahman Hamzah, 46, ketika dihubungi berkata, sejak dua hari lalu, Azim berada di bawah jagaan bapa kandungnya di Kampung Labok, Machang.
“Azim dikatakan tidak boleh tinggal di rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kerana bimbang diambil mahkhluk halus itu sekali lagi.
Demi keselamatan, buat sementara waktu ini dia akan tinggal bersama bapanya dan mungkin juga akan bersekolah di Machang selepas ini,” katanya.
Ibu Azim pula, Khairul Nisyab Hamzah, 45, berkata, dia bersyukur apabila anak bongsu daripada empat beradik itu semakin pulih semangatnya.
Katanya, selain meminta pertolongan pihak berkuasa dan orang kampung, dia turut menggunakan khidmat lapan orang pengamal perubatan Islam bagi mengesan jejak anaknya.
“Kumpulan pengamal perubatan mengatakan Azim berada di kawasan pokok terap itu dan pelbagai cara dilakukan termasuklah membaca al-Quran dan mengalunkan azan.
“Akhirnya, selepas pengamal perubatan itu berunding dengan makhluk halus itu, tidak lama kemudian Azim ditemukan seorang penduduk di sebuah jambatan kira-kira dua kilometer dari rumah dalam keadaan lemah serta kebingungan,” katanya.
Kata Khairul Nisyab, mereka tinggal di kampung itu sejak 20 tahun dan ini kejadian pertama menimpa anaknya.
“Beberapa tahun lalu, terdapat seorang anak Orang Asli di kampung ini yang hilang disorok makhluk halus, namun berjaya ditemukan semula. Penduduk percaya kejadian orang hilang secara misteri dan dikembalikan dalam keadaan lemah kerana dipercayai menjadi laluan keramat alam ghaib,” katanya.
Tambahnya, pokok terap tumbuh di situ sebelum mereka sekeluarga tinggal di kawasan itu.
Katanya, mereka tidak menyangka pokok terap setinggi sembilan meter itu dihuni makhluk halus.
Remaja hilang dedah lokasi sebenar dia disembunyikan makhluk halus hilang chord doa barang hilang chord hilang permata yang hilang
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya ditemukan selamat di Kampung Pasir Linggi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa ditemui pukul 5.30 petang dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
0 Ulasan