Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Polis lancar sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah bermula semalam

Polis telah melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah selama 24 jam bermula semalam.

Polis lancar sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah bermula semalam
Polis lancar sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah bermula semalam

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, SJR dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha polis mencegah jenayah melalui peningkatan “omnipresence” bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Justeru, katanya, orang ramai diminta memberi kerjasama dan mematuhi arahan ketika melalui SJR.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada SJR akan dijalankan pada waktu puncak atau siang hari,” katanya dalam kenyataan.

“Masyarakat tidak perlu bimbang menjalankan aktiviti harian kerana polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.”“Masyarakat tidak perlu bimbang menjalankan aktiviti harian kerana polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.”

Sumber: FMT



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan