Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Kisah ini telah dikongsikan pada 16 Julai, 2021 di media sosial oleh aktivis pengurusan jenazah yang juga merupakan seorang ustaz. Kisah “Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada”, memang sungguh mengayat hati. Ujian dan dugaan setiap insan itu berbeza. Ada yang sudah diuji sejak kecil lagi sehingga mereka membesar menjadi seorang yang cukup kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan seharian.

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada
Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada - Kisah perkongsian Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Ketika melalui saat duka seperti pemergian insan tersayang, impak kesedihannya pasti berbekas dalam diri seorang kanak-kanak.

Hal ini dikongsikan oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid (aka Ustaz Rafie Zainal) apabila mengendali dan menguruskan jenazah seorang ibu yang meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

Tidur selepas ibu ‘tertidur’ selamanya

Menurutnya, kanak-kanak itu telah menemani ibunya yang sedang sakit pada malam hari sehingga ibunya tertidur. Kemudian, kanak-kanak itu barulah tidur tanpa menyedari bahawa ibunya telah pergi buat selamanya.

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Menurut Ustaz Rafieudin, Arwah (ibu kanak-kanak tersebut) meninggal dunia di PPR Kota Damansara awal pagi semalam kerana penyakit kanser hati di usia 42 tahun. Dia mempunyai 7 orang anak bersama bekas suaminya sebelum ini.

Hanya 3 orang anak saja yang tinggal bersamanya yang berusia 20, 16 dan 8 tahun sementara yang lain tinggal bersama bekas suaminya di Klang. Keadaan rumah mereka agak dhaif dan serba kekurangan.

Anak masih kecil pegang mainan ingat ibunya

Kanak-kanak itu memberitahu yang ibunya muntah darah sebelum tertidur. Jadi, selepas melihat ibunya tidur, dia mengambil peluang untuk melelapkan mata memandangkan ketika itu gilirannya menjaga ibu yang terlantar sakit kerana menghidap kanser.

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Ustaz Rafie Zainal akui beliau sebak mendengar cerita kanak-kanak berusia 8 tahun itu dan segera menggerakkan 15 petugasnya dan beberapa orang jiran untuk membantu menguruskan jenazah ibu malang itu.

Mak jerit sakit. Saya urut tangan Mak, dada Mak. Tiba-tiba Mak muntah darah lepas tu Mak pun tidur. Bila Mak tidur saya pun tidur." Sambung anak bongsu arwah lagi.
Allahuakbar. Anak sekecil itu memang tidak mengerti apa-apa. Dia tidak tahu langsung yang 'tidur' ibunya itu adalah tidur yang selamanya.
Ketika dia bercerita dalam esak tangisnya, mengalir juga air mata ini. Saya peluk anak itu. Cuba menenangkannya dan memahami betapa beratnya ujian yang sedang dilalui saat itu 😢

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Bekas suami menangis ucap terima kasih

Selepas selesai menyempurnakan jenazah, pihak SPJM memberi peluang untuk anak-anak menatap wajah ibu muda tersebut buat kali terakhir. Dapat dilihat kanak-kanak tersebut memegang alat mainan kecil seakan menenteramkan dirinya.

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Bekas suami turut hadir membantu namun memaklumkan tidak mampu untuk membayar apa-apa kerana beberapa hari lepas 2 saudaranya turut meninggal dunia akiba Covid-19. Simpanannya juga sudah habis untuk membayar pengurusan jenazah.

Setelah skuad muslimah kami selesai menyempurnakan jasad arwah, kami memberikan peluang untuk anak-anak arwah menatap wajah ibunya dan menciumnya untuk kali terakhir.

Anak yang paling kecil itu menangisi pemergian ibunya. Dia peluk ibunya. Sedang di tangannya masih ada mainan kecil mungkin sekadar untuk tenteramkan diri sendiri.

Saya pegang bahunya tenangkan dirinya. Kemudian kami mendirikan solat jenazah di situ sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Bekas suami arwah juga turut bersama membantu dari awal hingga akhir.

"Ustaz, saya tak mampu nak bayar kos semua ni. Saya baru kematian 2 ahli keluarga yang lain sebab covid. Sekarang simpanan saya dah habis." Keluh bekas suami arwah yang jelas terpapar wajah kerisauannya tentang bayaran kos pengurusan jenazah bekas isterinya itu.

"Abang tak perlu risau. Kami faham situasi abang. Semua kos pengurusan jenazah ini termasuk kos tanah kubur saya akan selesaikan." Pujuk saya untuk menenangkan hatinya yang tampak sangat gelisah ketika itu.

Menangis dia. Nak dipeluk saya tapi segera dia ingat keadaan sekarang membatasi pergerakan sosial. 😢

Urusan pengebumian berjalan lancar

Pihak SPJM segera memujuk kegusaran itu dengan mengatakan tiada sebarang bayaran kerana segala kos akan ditanggung. Jelas terpancar rasa lega diwajah bekas suami allahyarham dan tak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Disangka ibu sakit dan tertidur, anak kecil terlena di sisi jasad kaku ibu yang telah tiada

Baca juga: Pilu!… suami tak mampu nak bawa ke hospital, isteri 'pergi' saat bersalin, anak² ingat ibu sedang tidur..

Jenazah juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Alhamdulillah, jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 5:30 petang. Terima kasih kepada En. Fendy dan petugas tanah perkuburan yang membantu memudahkan urusan pengebumian arwah.

Semoga roh Almarhumah Roziah binti Abd Malek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

Mendapat perhatian netizen

Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Rafie ini telah mendapat perhatian dan simpati dariipada netizen di Facebook. Sehingga artikel ini disiarkkan cerita ini telah mendapat 7.2k reaksi, 874 komen dan 3.1k perkongsian. Anda boleh baca komen dan reaksi netizen pada pautan yang diberikan di atas.

Sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat pengurusan jenazah, samada Islam atau bukan Islam, boleh menghubungi ustaz Rafie Zainal di:

Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Pengerusi Eksekutif,
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
013-322 7937 / 03-2385 7032
(Perkhidmatan 24 jam pengurusan jenazah di seluruh Malaysia)
Laman sesawang: www.spjm.my

Sumber Cerita dan Foto: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan