Baru sahaja tular satu perkongsian di media sosial, video yang memaparkan majlis atau ritual pelik di dewan solat sebuah masjid. Ritual seorang lelaki melambung bayi dengan harapan bayi tersebut menjadi seorang Wali bila dewasa kelak.
Tangkap layar majlis ritual lambung bayi dalam masjid, katanya doa supaya bayi jadi Wali bila dewasa nanti - sumber: Facebook |
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan yang berada di dalam masjid, memegang bayi sambil berjalan lalu dilambung-lambungkan sementara jemaah lain hanya memerhatikan sahaja perbuatanya.
Bukan di Malaysia
Daripada pengamatan ucapan yang dibuat oleh lelaki yang melambung bayi tersebut, dapat disimpulkan majlis ini bukan diadakan dalam masjid di Malaysia.
Alasan ini dikuatkan lagi, individu yang memuat naik video tersebut, bukan berasal dari negara ini. Tonton video di sini.
Supaya jadi Wali
Di dalam video tersebut, lelaki yang mengetuai acara terbabit sambil berjalan, memegang bayi lalu dilambung-lambungkan dan jemaah lain hanya memerhati perbuatan beliau.
Sambil melakukan perbuatan tersebut, lelaki terbabit berkata sesuatu.. ungkapan terakhir yang jelas difahami adalah AKHIRNYA JADI WALI...
Selepas habis ungkapan terakhir itu, jemaah yang hadir dalam masjid terus menyambut dengan dengan ucapan AMINNN....
Kapsyen individu yang memuat naik video berkenaan di Facebook, dia berkata itu merupakan upacara agar bayi terbabit menjadi wali apabila sudah dewasa nanti.
Baru tau saya
Ritual lempar bayi dimasjid (biar jadi wali)
*Wali murid
*Wali band
* Dll
Reaksi netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perbuataan lelaki berkenaan sebagai satu kebodohan yang boleh membahayakan bayi berkenaan di samping ritual ini bukan dari ajaran agama Islam sebenar.
Jika anda berminat untuk membaca artikel di bawah ini, sila tekan pada pautan:
Kerana tak mampu bayar sewa ambulans, bapa gendong jenazah bayi naik motosikal sejauh 70 km
JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan terpaksa membawa pulang mayat bayinya yang baru dilahirkan menggunakan motosikal kerana tidak me…
BACA LAGISumber: Facebook
0 Ulasan