Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Air mata pilu di hari bahagia, ayah pengantin “pergi” sebaik selesai akad nikah

Tidak sampai 24 jam selepas berlangsungnya akad nikah, pengantin perempuan dah ahli keluarga menerima khabar duka apabila ayahanda tercinta disahkan meninggal dunia.

Air mata pilu di hari bahagia, ayah pengantin “pergi” sebaik selesai akad nikah
Gambar tangkap layar perkongsian dimuat naik oleh Chafieqah Photographer di laman Tiktok

Ayah pengantin meninggal dunia

Perkongsian itu ada dimuat naik oleh Chafieqah Photographer di laman Tiktok yang mana sehingga kini telah ditonton oleh lebih 20 ribu pengguna platform tersebut.

Pelamin dan khemah pun dah sedia

Detik kejadian yang dirakam adalah sewaktu dia menghadiri majlis kedua mempelai yang mana pada ketika itu di luar rumahnya sudah tersedia khemah untuk para tetamu.

Malah, pelamin juga sudah siap untuk majlis bersanding dan sesi fotografi bersama ahli keluarga dan tetamu yang hadir nanti.

Walaubagaimanapun, ujian lain yang menimpa pasangan ini apabila bapa kepada pengantin perempuan telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas sesi akad nikah selesai.

Komen netizen

Sakit, sedih. Itulah perkara sama yang turut dirasai oleh rata-rata yang menonton sorotan video tersebut dan berharap agar ahli keluarga yang lain kuat menerima takdir yang sudah tertulis itu.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan