Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Anwar, Trump bakal saksi pemeteraian penyelesaian konflik Kemboja-Thailand di KL

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi menempa sejarah apabila bakal menyaksikan pemeteraian penyelesaian dua negara berkonflik iaitu Thailand dan Kemboja yang dijangka dimeterai bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 kali ini.

Anwar, Trump bakal saksi pemeteraian penyelesaian konflik Kemboja-Thailand di KL
Anwar, Trump bakal saksi pemeteraian penyelesaian konflik Kemboja-Thailand di KL

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian terhadap konflik sempadan yang bakal disaksikan sendiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump itu adalah lanjutan kepada usaha mengurangkan ketegangan yang sudah dilakukan kedua-dua negara, di mana Malaysia berperanan sebagai negara pendamai.

“Bukan saja pertemuan yang saya pengerusikan sekali, tapi sudah beberapa kali di Malaysia…. di antara ketua-ketua pasukan bersenjata Thailand dan Kemboja di Kuala Lumpur serta menteri-menteri luar Kemboja dan Thailand.

“Baru-baru ini (pertemuan) Menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand untuk memeterai syarat terperinci dan sekiranya disepakati dalam satu dua hari ini, pemeteraian ini akan disaksikan oleh saya dan Trump yang turut mendukung penyelesaian ini,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Julai lalu, Thailand dan Kemboja mencapai persefahaman untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat bagi menghentikan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.

Kejayaan itu disaksikan sendiri Anwar selaku hos, yang juga Pengerusi ASEAN dan saksi selepas mengadakan Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Mesyuarat khas itu dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan