Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jerman sahkan akan hantar bantuan kereta kebal anti pesawat Gepard ke Ukraine

BERLIN – Jerman telah meluluskan penghantaran sistem antipesawat Gepard ke Ukraine, kata Menteri Pertahanan Christine Lambrecht di luar mesyuarat antarabangsa di Pangkalan Udara A.S. Ramstein di Jerman pada Selasa (26 April), lapor United Press International (UPI).

Kereta kebal anti pesawat Gepard buatan Jerman
Kereta kebal anti pesawat Gepard buatan Jerman (Gambar Wikipedia)

Jerman menawarkan senjata itu ke Ukraine pada pertemuan dengan sekutu, yang dihoskan oleh Amerika Syarikat.

Canselor Jerman Olaf Scholz, yang telah menghadapi kritikan di dalam dan luar negara kerana kegagalan kerajaannya menghantar senjata berat ke Ukraine, telah berjanji untuk menghantar senjata anti kereta kebal dan anti-pesawat dari stok tentera Jerman, yang disifatkannya sebagai "senjata pertahanan. "

Berlin selama beberapa dekad mengekalkan dasar untuk tidak melabur dalam aspek ketenteraan dan enggan memberikan bantuan ketenteraan kepada negara lain susulan penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Bagaimanapun, pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu menandakan titik perubahan bagi Jerman, kata Canselor Olaf Scholz.

Bagaimanapun, Berlin masih dikritik kerana tidak memberi lebih banyak bantuan kepada Ukraine dan tidak mempedulikan gesaan Presiden Volodymyr Zelenskyy untuk mendapatkan senjata berat.

Pada Selasa lalu, Menteri Pertahanan Jerman, Christina Lambrecht mengumumkan bahawa Berlin akan menghantar stok 50 kereta kebal anti-pesawat Gepardnya ke Ukraine.

“Ini adalah apa yang diperlukan Ukraine sekarang,’’ katanya kepada sidang akhbar.

Kereta kebal dilengkapi dua meriam automatik itu adalah sebahagian daripada pertahanan udara tentera Jerman sebelum dibubarkan pada 2010, demikian menurut tentera udara Jerman. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan