Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ibu kandung hilangkan diri, bapa pula abai nafkah tiga anak luar nikah selepas kahwini janda

TIDAK dapat digambarkan perasaan tiga kanak-kanak kecil selepas mengetahui status mereka anak luar nikah. Ibu kandung kepada kanak-kanak ini dikatakan hilang tanpa khabar berita dan dibiarkan mereka bersama si bapa.

Ibu kandung hilangkan diri, bapa pula abai nafkah tiga anak luar nikah selepas kahwini janda

Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh Baitus Solehah menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Kisah 3 beradik tidak sah taraf

Kisahnya bermula apabila seorang wanita yang merupakan seorang mualaf bertemu dengan seorang lelaki. Walaupun tidak mempunyai ikatan yang sah mereka dipercayai tinggal bersama atas alasan ingin ‘menjaga’ dan ‘melindungi’ namun secara sedar tak sedar wanita ini telah melahirkan tiga orang cahaya mata.

Hasil hubungan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, seorang lelaki dan dua perempuan masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun, dan 9 tahun.

Oleh kerana tiada ikatan perkahwinan, ibu kandung anak-anak ini melarikan diri, meninggalkan anak ini dengan biopa. (lelaki yang derma sperma tapi tak mahu bernikah dengan perempuan itu setelah mengandungkan).

Bercerita lebih lanjut, lelaki ini berjumpa dengan seorang janda dan wanita ini dikatakan sanggup menerima dia (lelaki) yang ketika itu mengaku memegang status sebagai duda anak tiga.

Bawa anak-anak ini tinggal dengan isteri baru. Isteri baru menerima kehadiran ketiga-tiga anak yang didakwa anak kandung tanpa mengetahui status anak anak ini.

Mula pelik bila tengok bin/binti

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua selepas wanita ini menjumpai sijil lahir kanak-kanak ini yang berbin dan binti kepada Abdullah ketika proses untuk menghantar mereka ke sekolah.

Bila diselidik baru tahu anak-anak ini anak zina suami dengan perempuan mualaf. Mulanya, isteri baru sudi menjaga anak-anak ini kerana kasihan.

Bagaimanapun, si bapa dikatakan sekali lagi membuat hal dengan berkahwin dengan perempuan yang lain. Bukan itu sahaja, dia juga didakwa mengaibakan tanggungjawab kepada isteri pertama dan ketiga-tiga anaknya.

Anak-anak 3 orang tu disuruh jaga tanpa beri nafkah. Isteri lama marah dan tak mahu peduli. Sekolah anak-anak ini terkandas. Tambahan PKP, langsung tak bersekolah.

Nak PdPR apa keperluan pun tak ada. Isteri lama bertindak menghantar ke home tahfiz. Kononnya home tahfiz boleh beri sara hidup dan pendidikan percuma. Lepas hantar, terus tinggal, tak peduli yuran atau perbelanjaan lainnya.

Hanya senyap dan mendiamkan diri

Bukan itu sahaja, si bapa dan isteri pertama dipercayai mendiamkan diri selepas menghantar kanak-kanak ini di home tahfiz. Apa yang akan menyulitkan urusan kanak-kanak ini adalah ketika mereka ingin membuat kad pengenalan berikutan status ibunya tidak diketahui berada di mana.


Baca juga:“Ibu dah tak datang lagi!...” kisah pilu 4 beradik ditinggalkan ibu di rumah perlindungan

Home tahfiz tak tergamak nak buang mereka. Nak hantar kemana? Dalam sijil lahir ada nama ibu, tapi ibu pun tak tahu di mana.

Mereka akan bertemu masalah apabila nak buat kad pengenalan sebab ibu kandung menghilangkan diri.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan