Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Salam Ramadan Sayang…” Shuib luah perasaan di pusara isteri buat ramai sebak

Pelawak dan selebriti terkenal, Shuib dilihat menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebelum menyambut #RamadanMubarak tahun ini. Momen terebut dirakam dalam Instagram miliknya.

“Salam Ramadan Sayang…” Shuib luah perasaan di pusara isteri buat ramai sebak

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi momen tersebut dengan memuat naik sepotong video di Instagram miliknya.

Kali pertama menyambut bulan Ramadan tanpa isteri, bintang berusia 37 tahun ini menzahirkan rasa sayu dan hiba bersama peminat.

“Menangislah kerna hanya kamu dan Dia yang benar faham. Salam Ramadhan Sayang,” tulisnya ringkas pada di ruangan kapsyen.

Kali terakhir Shuib dan anak-anak menziarahi pusara Siti Sarah (yang dikongsikan di media sosial) adalah pada awal Februari. Ketika itu tindakan Shuib yang juga pelawak dan usahawan memujuk anak perempuannya Dzahira Talita Zahara ketika menziarahi pusara Allahyarham membuatkan ramai sebak.

“Paling dirindu....” – Shuib hanya mampu memeluk anak menangis ketika ziarah pusara ibu
“Paling dirindu....” – Shuib hanya mampu memeluk anak menangis ketika ziarah pusara ibu

Artikel dan momen di atas boleh di baca di “Paling dirindu....” – Shuib hanya mampu memeluk anak menangis ketika ziarah pusara ibu

“Salam Ramadan Sayang…” Shuib luah perasaan di pusara isteri buat ramai sebak
“Salam Ramadan Sayang…” Shuib luah perasaan di pusara isteri buat ramai sebak 

Imbas kembali, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Ikuti kami di Twitter


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan