Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar perkongsian kisah kecurangan seperti suami atau isteri lari ikut skandal dikongsikan di media sosial. Akibat menanggung kesakitan dicurangi, banyak cara dibuat oleh mereka yang setia untuk melupakan apa yang berlaku.
Wanita buat ‘live’ FB jual barang suami yang lari ikut skandal, untung puluhan ribu!.. |
Sesetengah dari kita, mungkin boleh melupakan dengan begitu mudah dan “move on” begitu sahaja. Tetapi, ada juga yang bertindak membuang atau membakar semua barang peribadi milik pasangan yang curang sebagai simbolik melepaskan segala kenangan pahit antara mereka berdua.
Namun lain pula yang berlaku pada seorang wanita dari Filipina apabila mendapat tahu suaminya berlaku curang walaupun sudah mempunyai seorang anak.
Nama Jamille Margarita Galve meniti di bibir-bibir netizen di negaranya selepas pendekatan unik yang diambil dalam mengendalikan pasangan yang curang menjadi viral.
Walaupun sedih dicurangi, Jamille berjaya menjadikan apa yang berlaku sebagai satu ‘perniagaan’ yang menguntungkan dirinya pula.
Apa yang dibuatnya? Wanita ini membuat lelongan kesemua barangan berjenama milik suaminya di Facebook Live sehingga menarik perhatian warga media sosial.
Saksikan video
“Jangan kata itu ‘milik saya’ jika anda tidak boleh berpegang pada pilihan anda sendiri seperti suami saya yang tidak boleh berada di sisi saya,” katanya.
Menurut Jamille, ia adalah satu pembaziran jika dia membuang atau membakar barang-barang miliknya suaminya itu. Jadi, dia berpendapat dengan membuat jualan secara atas talian, ia akan memberikan keuntungan kepada diri serta anak-anaknya.
Untung bersih lebih RM24,000
Menurut sumber, antara barang milik suaminya yang dilelong termasuklah baju Lacoste, Yeezys dan sepasangan kasut bernilai RM1,676. Secara keseluruhan keuntungan yang diperolehi kira-kira 300 ribu Peso, bersamaan dengan RM24,466 ribu.
Dalam satu temu bual bersama media Filipina, wanita ini berkata tindakan itu diambil turut didorong dengan keperluan untuk menambah pendapatannya bagi membesarkan anak
0 Ulasan