Tinggal beberapa hari lagi untuk persembahan eksklusif (Music of The Soul) gabungan dua suara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Awie.
Datuk Siti Nurhaliza membuat latihan vokal bersama Datuk Awie bagi menjayakan persembahan Music of the Soul. |
Menerusi akaun Instagram Datuk Siti dapat dilihat saban hari Datuk Siti membuat latihan vokal bagi menjayakan persembahan tersebut.
Terbaru, perkongsian Datuk Siti berlatih vokal bersama Dato’ Awie menarik perhatian ramai dimana Datuk Siti teruja bergandingan bersama Dato’ Awie.
Meskipun Datuk Siti sendiri boleh dikatakan seorang yang sudah terkenal, namun tidak dapat menyembvnyikan perasaan teruja dan gement4r apabila dapat berduet bersama Dato’ Awie.
“Nampak tak muka excited saya tu…terharu sangat dapat berduet dengan penyanyi yang saya hormati, Dato @awieofficial, nerv0us pun ada tapi saya mcm tak percaya juga ni…
“InsyaAllah doakan agar persembahan kami di Plenary Hall, pada 5 dan 6 November ini akan lancar dan kami juga sihat,” tulis Datuk Siti.
Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut teruja dan tidak sabar untuk melihat gadingan dua suara.
0 Ulasan