Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jurufoto Malaysia juara pertandingan fotografi dunia di Dubai, hadiah tak masuk akal..

Imbas kembali, Pada 13 Mac 2019, pemenang Tempat Pertama Hamdan International Photography Award (HIPA) telah diumumkan dan menyaksikan jurufoto dari Malaysia, Edwin Ong Wee Kee telah meraih Hadiah Utama dalam pertandingan berprestij tersebut.

Pemenang Tempat Pertama Hamdan International Photography Award (HIPA) telah diumumkan dan menyaksikan jurufoto dari Malaysia, Edwin Ong Wee Kee telah meraih Hadiah Utama
Pemenang Tempat Pertama Hamdan International Photography Award (HIPA) telah diumumkan dan menyaksikan jurufoto dari Malaysia, Edwin Ong Wee Kee telah meraih Hadiah Utama

Anugerah yang telah memasuki musim kelapan itu telah diadakan di Opera Dubai dan dihadiri oleh tetamu kehormat dan mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Membawa tema ‘harapan’, anugerah tahun tersebut telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan cahaya gemerlapan.

Anugerah fotografi ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah naungan putera mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Rashid bin Mohammed al Maktoum. Dengan jumlah hadiah tahunan sebanyak $ 450,000 (RM 1,841,400.00) yang diperuntukan menjadikannya sebagai hadiah terbesar yang ditawarkan dalam penganugerahan fotografi.

Antara perkara yang menarik mengenai HIPA ialah, ia adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional).

Edwin Ong Wee Kee dari Malaysia telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dengan menerima hadiah sebanyak $ 120,000 atau sekitar RM 491,040.00.

Imej Edwin yang telah memenangi hadiah utama: ‘Mother’s Hope’
Imej Edwin yang telah memenangi hadiah utama: ‘Mother’s Hope’

Melihat pada gambar yang dipertandingkan, hasil karya Edwin menunjukkan detik getir yang dihadapi oleh seorang ibu di Vietnam. Walaupun wanita tersebut mempunyai masalah untuk bertutur namun dia tetap tidak pernah berhenti berharap malah dia juga tetap bersemangat demi anak kecilnya.

Menurut Edwin, dia gemar melancong dengan membawa kameranya dan ketika berada di Vietnam, dia terpandang akan pemandangan ibu dan anak ini lalu merakamkannya. Edwin yang berasal dari Sibu, Sarawak itu menjangka dia hanya memenangi hadiah ke-5, namun rezeki menyebelahinya apabila terpilih sebagai pemenang hadiah tempat pertama. Tahniah Edwin!

Muhammad Fahrur Rasyid dari Indonesia memenangi ‘hope’ di tempat kedua. manakala Wissam Nasar dari Palestin memenangi ‘hope’ di tempat ketiga.

Setiap tahun, HIPA mempunyai tema yang berbeza dan untuk tahun 2018-2019, HIPA menjadikan ‘hope’ sebagai tema pertandingan. Terdapat juga kategori umum (termasuk warna dan hitam dan putih) dan portfolio serta kategori video fotografi udara dipertandingkan.

Aun Raza dari Perancis menang dalam kategori umum (hitam dan putih)

Aun Raza dari Perancis menang dalam kategori umum (hitam dan putih)
Aun Raza dari Perancis menang dalam kategori umum (hitam dan putih)

Setiap tahun, HIPA mempunyai tema yang berbeza untuk diikuti oleh jurugambar, tahun ini ialah 'Harapan'. Terdapat juga kategori umum (termasuk warna dan hitam dan putih) dan portfolio, dan tahun ini, kategori video udara.

Video fotografi udara yang menang

Wissam Nasar dari Palestin memenangi ‘hope’ di tempat ketiga.

Wissam Nasar dari Palestin memenangi ‘hope’ di tempat ketiga.
Wissam Nasar dari Palestin memenangi ‘hope’ di tempat ketiga.

Anugerah Penghargaan ‘Fotografi’ dianugerahkan kepada jurugambar British, Tim Flach di atas sumbangannya yang cemerlang dalam bidang fotografi alam semula jadi dan alam sekitar sepanjang kariernya sebagai seorang artis.

Tim Flach telah menunjukkan komitmen lama untuk meningkatkan seni fotografi(Kredit imej: tim flach)
Tim Flach telah menunjukkan komitmen lama untuk meningkatkan seni fotografi(Kredit imej: tim flach)

'Anugerah Pencipta Kandungan Fotografi' telah dianugerahkan kepada Tom Ang atas peranan pentingnya dalam pendidikan dengan mengarang lebih daripada 40 buku mengenai fotografi yang diterjemahkan ke dalam lebih daripada 20 bahasa.

Tom Ang telah dianugerahkan atas perkhidmatannya dalam bidang fotografi, sebagai jurugambar, pengarang, pendidik dan penyiar  (Kredit imej: Tom Ang)
Tom Ang telah dianugerahkan atas perkhidmatannya dalam bidang fotografi, sebagai jurugambar, pengarang, pendidik dan penyiar  (Kredit imej: Tom Ang)

Jurugambar Emirati Yousef Al Habshi memenangi anugerah 'Emerging Person in Photography Award', untuk kerjanya dalam dunia fotografi makro dan mikro.

Yousef Al Habshi telah menunjukkan kerja dan visi yang cemerlang dalam industri fotografi(Kredit gambar: Yousef Al Habshi)
Yousef Al Habshi telah menunjukkan kerja dan visi yang cemerlang dalam industri fotografi(Kredit gambar: Yousef Al Habshi)

HIPA musim kesembilan: Air

Pada akhir acara penyampaian anugerah tersebut, tema untuk anugerah tahun 2019-2020 (musim kesembilan) juga telah diumumkan iaitu ‘air’.

Jurufoto digalakkan untuk mentafsir tema ‘air’ ini dengan sudut pandangan mereka sendiri dan apa yang paling penting ialah karya mereka perlulah diterjemahkan dengan cara yang berbeza dan paling kreatif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HIPA dan cara menyertainya, orang ramai boleh melihatnya sendiri di laman web www.hipa.ae/en. Bagi anda yang mempunyai minat dan bakat, jangan sia-siakan peluang yang ada.

Memandangkan HIPA adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional), oleh itu tidak salah jika anda mencubanya. Siapa tahu ini mungkin peluang anda untuk meraih anugerah fotografi di peringkat global?



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan