Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jual RON95 kepada warga asing, Ini hukuman kepada pemilik stesen minyak yang degil

Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Jual RON95 kepada warga asing, Ini amaran kerajaan kepada pemilik stesen minyak
Jual RON95 kepada warga asing, Ini amaran kerajaan kepada pemilik stesen minyak

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari semasa ke semasa telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura bagi memastikan pematuhan larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan terbabit.

“Kementerian juga telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan Thailand supaya mempergiat pemantauan dan pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974),” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Akta itu memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta.

Nanta berkata KPDNHEP memandang serius isu tular kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel kuning disyaki RON 95 yang merupakan minyak bersubsidi.

Nanta berkata KPDNHEP memandang serius isu tular kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel kuning disyaki RON 95 yang merupakan minyak bersubsidi.

Katanya aktiviti penguatkuasaan lebih agresif juga akan dilaksana dengan pelancaran Ops Pantau 2022 hari ini bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan dijual pada harga munasabah serta pematuhan tinggi oleh peniaga berikutan pembukaan penuh sektor ekonomi dan pintu sempadan negara pada 1 April lepas.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan