Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Barang sihir dibakar depan mata, wanita meraung menahan sakit dalam kereta

Dalam menjalani kehidupan, pelbagai faktor menyebabkan seseorang itu bertindak melakukan perbuatan sihir yang bertujuan memudaratkan atau ‘menyeksa’ orang lain.

Barang sihir dibakar depan mata, wanita meraung menahan sakit dalam kereta
Barang sihir dibakar depan mata, wanita meraung menahan sakit dalam kereta

Terbaru, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita menangis, meraung dan meracau apabila satu bungkusan dipercayai ‘barang’ sihir telah dibakar oleh seorang lelaki dalam sebuah tong.

Seorang pengguna TikTok, @ahboy_saiful89 memuat naik video berdurasi 34 saat itu memperlihatkan wanita tersebut yang berada di bahagian penumpang sebuah kereta dalam keadaan meronta-ronta akibat ‘kepanasan’.

“Aku dah jumpa barang dia. Ni barang kau, betul tak? Aku bakar barang kau ni. Kenapa kau meracau tadi? Barang kau kan. Bila aku bakar, meronta-ronta,” soal lelaki berkenaan kepada ‘wanita’ tersebut.

Ketika barang syirik itu dibakar, wanita terbabit juga bertindak mengetuk berkali-kali dengan kuat pada bahagian dashboard dan tingkap kereta kerana hanya mampu melihat bungkusan ‘hangus’ di depan mata.

Video itu ditonton lebih 2.7 juta tontonan dan dipenuhi 3,074 komen netizen yang rata-rata cuba memahami situasi dikongsi @ahboy_saiful89 selain bercerita mengenai pengalaman peribadi berhubung perbuatan khurafat berkenaan.

Sumber: TikTok @ahboy_saiful89



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan