Seorang pemilik kenderaan berang apabila cermin keretanya pecah didakwa akibat permainan lato-lato dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Insiden tersebut tular di media sosial Facebook selepas orang ramai berkongsi tangkap layar hantaran seorang pemilik akaun dikenali sebagai Tiniey Zatiey.
Pemilik kenderaan berang cermin keretanya pecah akibat mainan lato-lato oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato, lepas kena cermin kereta aku, lari tinggal. Aku dah tengok televisyen litar tertutup (CCTV), harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.
“Main lepas itu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Kepada ibu ayah yang bagi anak main sampai pecah kereta aku, lato-lato warna putih tinggal di kereta aku,” katanya pada hantaran tersebut.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Guar Chempedak, Kedah sewaktu pemilik kenderaan meletakkan kereta di tempat letak kenderaan.
Dalam pada itu, orang ramai memberikan reaksi marah selain ada yang meminta permainan tersebut diharamkan.
“Sepatutnya negara kita kena haramkan lato-lato ni, bahaya. Negara luar lain tidak dibenarkan main lato-lato,” kata Wan Iredwan.
“Permainan paling tidak berfaedah. Perilaku main lato-lato tak ubah macam anak jin main guli atas siling. Bikin bising saja malam-malam,” marah Shuk Shah Shah.
“Allah, macam manalah kalau itu satu-satunya kenderaan mencari rezeki bawa keluarga berlindung daripada hujan panas. Dah kena keluarkan kos tukar cermin,” kata Myra Dessert. - Kosmo
0 Ulasan