BN semakin meresahkan akar umbi - Hari ini, seluruh negara menunggu keputusan siapakah Perdana Menteri ke-10 yang akan menghadap Agong dengan mempunyai majoriti cukup bagi membentuk kerajaan?.
Persoalan yang cukup meresahkan rakyat dan muak melihat telatah pemimpin negara dalam perebutan kuasa yang tiada kesudahannya.
Parti yang benar-benar menjadi perhatian pastinya Barisan Nasional yang dikatakan menjadi penentu dalaam pembentukan kerajaan ini.
UMNO walaupun mengalami kekalahan dilihat terus ‘tamak’ jawatan apabila sanggup bersatu dengan Pakatan Harapan dalam pembentukan kerajaan negeri Perak sekaligus mengakibatkan akar umbinya mempersoal dan mempertikai keputusan berkenaan.
Namun, dengan tawaran jawatan Menteri Besar, UMNO terus bersetuju sehingga lupa apa yang berlaku sewaktu kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang dikatakan menjadi boneka DAP pada 20o8-2009, kerajaan yang bertahan selama setahun.
Malah, ia langsung tidak dibincangkan di peringkat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
Seluruh negara juga melihat seolah-olah PH-BN akan bergabung dalam pembentukan kerajaan semalam apabila pemimpin-pemimpin PH hadir di Seri Pacifik bertemu pemimpin BN yang sebelumnya mengadakan mesyuarat BN.
Gambarannya seolah-olah 26 Ahli Parlimen BN yang hadir sudah bersetuju, namun ia hanyalah rancangan ‘murid’ dan ‘cikgunya’ untuk menunjukkan seolah-olah ada kesepakatan antara nereka.
Beberapa pemimpin BN secara jelas mengatakan mereka tidak mengetahui mengenai pertemuan itu, malah lebih lantang lagi, Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri tidak bersetuju kerjasama dengan PH.
Dengan kenyataan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan dan Bendahari BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein jelas tiada persetujuan untuk bersama PH.
Jadi siapa yang betul-betul ingin menjadikannya realiti? Satu Malaysia tahu Zahid yang sebelum ini berselindung, kini tanpa segan silu lagi, bersungguh-sungguh berusaha merealisasikan impian Cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Melihat kesungguhan dan cubaan demi cubaan dilakukannya, tentu ada ‘habuan’ atau ‘janji manismu’ dari Cikgu kepada anak murid kesayangannya bagi memastikan ia tercapai.
Di Johor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin adalah penglima Zahid bersama Azalina Othman Said, Ahmad Maslan dan Noraini Ahmad.
Pergolakan terus berlaku di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi.
UMNO tidak menginsafi kegagalan mereka pada PRU14 dan kekalahan memalukan pada PRU15 lalu.
Dengan keahlian hampir 3.5 juta ahli, jentera serba lengkap namun UMNO masih gagal diterjemahkan dengan jumlah undi.
Pasti ramai bersetuju dan sependapat ia adalah pengajaran dari rakyat yang melihat imej pemimpin No.1 parti itu yang tidak boleh dipercayai, mempunyai kes mahkamah, bongak, angkuh serta tamak.
Rakyat khususnya orang Melayu mahukan perpaduan dan muafakat jadi tidak hairan jika Bersatu dan Pas menjadi pilihan.
Parti itu masih boleh bangkit, cuma imej buruk perlu diketepikan, Zahid perlu mengundur diri secara terhormat, pemimpin sekelilingnya…berikah nasihat yang betul, jangan syok sendiri dan mengejar jawatan dan kekayaan, tanpa memikirkan kehendak, pengorbanan ahli-ahli akar umbi.
Moga ada sinar dihujung terowong.
0 Ulasan