DUBAI – Sebuah blok pangsapuri setinggi 35 tingkat terbakar di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini, lapor laman berita plnews.com.
Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dipadamkan pada pukul 3.45 pagi. - Pic Youtube |
Bangunan yang terletak berhampiran pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa itu terbakar dengan api dilihat menyambar setiap tingkat.
Rakaman di lokasi kejadian menunkukkan serpihan bangunan jatuh ke tanah.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada terdapat mana-mana penduduk yang cedera dalam kebakaran itu.
Jelaga hitam akibat kebakaran itu boleh dilihat menutupi bangunan.
Blok pangsapuri itu adalah sebahagian daripada siri menara yang dipanggil 8 Boulevard Walk oleh Emarr, sebuah syarikat pemaju hartanah yang disokong oleh kerajaan UAE.
Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dipadamkan pada pukul 3.45 pagi.
Beberapa siri kebakaran melibatkan bangunan pencakar langit di Dubai sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan mengenai keselamatan struktur bangunan dan bahan-bahan lain yang digunakan di negara itu.
Pada malam sambutan Tahun Baru 2015, satu kebakaran melanda Address Downtown, salah satu hotel dan kediaman paling mewah di Dubai yang terletak berhampiran Burj Khalifa. – Agensi
0 Ulasan