Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] “Tolong hentikan sebab arwah baru pergi dan kesian Vida,” — Isteri Gmie

USAHAWAN dan penyanyi kontroversi, Datuk Seri Vida menerima kecaman orang ramai gara-gara meluahkan rasa terkilannya kerana terlupa untuk menghulurkan bantuan kepada Allahyarham Gmie Screen.

“Tolong hentikan sebab arwah baru pergi dan kesian Vida,” — Isteri Gmie
Kehadiran Vida disambut baik oleh isteri Gmie, Siti Royani Gumari dan anak sulungnya, Siti Hadirah. (Gambar Youtube mStar)

Tindakan pemilik nama Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Vida ini, dikatakan cuba meraih publisiti atas kesedihan yang menimpa kepada keluarga Gmie atau Hajimi Ibarhim setelah pemergian penyanyi tersebut.

Menurut laporan mStar, Vida mengambil keputusan untuk menziarahi kediaman keluarga arwah Gmie yang terletak di Kampung Medan Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor baru-baru ini daripada terus dicemuh netizen.

Kehadiran Vida disambut baik oleh isteri Gmie, Siti Royani Gumari dan anak sulungnya, Siti Hadirah.

“Netizen asyik mengata saya, kecam kata seperti saya ni tak ada hati perut nak tumpang populariti. Persoalkan kenapa tak pergi rumah keluarga arwah diam-diam bagi je sumbangan.

“Bukan apa, saya ni orang (aktif) media sosial. Setiap apa yang saya kongsikan orang nak tahu. Peminat saya suka bersama saya,” ujar penyanyi lagu ‘I Am Me’ ini.

Dalam pada itu, Vida,50, menjelaskan bahawa dia percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan mempunyai perancangan untuk mengadakan tahlil berkala buat rakan artis dan keluarga yang sudah menghadap Ilahi.

“Orang mungkin tak tahu yang kami pernah ada kaitan dulu masa Gegar Vaganza, program yang arwah sertai tu bawah tajaan saya.

“Memang sedih (tak sempat bantu) tapi saya fikir positif. Mesti ada rahmat. Rahmatnya ialah saya nak adakan tahlil berkala Gmie, Siti Sarah, Maya Matahari dan keluarga saya.

“Saya datang ziarah ni pun sebab nak tunaikan hajat dan hasrat. Bagi sumbangan setakat yang saya mampu,” katanya.

Malah, isteri kepada arwah Gmie, Siti Royani turut memohon orang ramai berhenti melontarkan kata-kata negatif kepada Vida kerana percaya berlaku salah faham dalam isu berkenaan.

“Apabila saya dapat tahu (kontroversi), saya suruh anak DM (direct message) Datuk Vida sebab kesian. Banyak komen yang menghentam.

“Tapi sekarang semua dah jelas dan kita faham. Tolong hentikan sebab arwah Gmie baru pergi dan kesian Datuk Vida. Terima kasih Datuk Vida datang ke pondok kami,” katanya.

Terbaharu, Vida memuatnaik sebuah hantaran di laman Instagram yang menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap penyanyi ahli kumpulan Indigo, Bad yang kini diuji dengan masalah kesihatan.

“Saya sedih dan turut bersimpati atas perkhabaran ni. Insyallah, saya nak tolong. Ada sesiapa boleh bagi ‘contact’ Ashira (isteri Bad) atau Bad Indigo?

“Saya nak tolong Ashira supaya tak perlu basuh pinggan di kedai makan lagi. Tolong sampaikan niat dan keprihatinan saya,” tulis Vida di entri tersebut.

Sumber: mStar



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan