BRISBANE, Queensland – Seorang wanita di negeri Queensland, Australia berdepan detik cemas apabila keretanya cuba dirampas individu menakutkan semasa berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, lapor akhbar The Sun semalam.
Mangsa sempat merakam kejadian tersebut sambil suspek beberapa kali melibas-libas parang sambil tersenyum sinis ke arah kamera |
Mangsa, Ash Massacre berkata, lelaki itu memegang sebilah parang dan mengetuk cermin tingkap keretanya dalam usaha memasuki kenderaan tersebut.
Massacre sempat merakam kejadian tersebut sambil suspek beberapa kali melibas-libas parang sambil tersenyum sinis ke arah kamera.
Selepas gagal membuka pintu, suspek akhirnya berlalu pergi dengan senjata tajam masih berada di tangannya.
“Ia benar-benar satu situasi yang menakutkan.
“Saya tergamam dan terkejut kerana perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” tulisnya pada video yang dimuat naik di TikTok.
Polis kemudian dihubungi ke tempat kejadian dan seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan.
Dia telah didakwa kerana mengancam keganasan, cuba memasuki kenderaan bermotor secara tidak sah dan menghalang polis.
Polis Queensland berkata, suspek akan dibicara di mahkamah pada Disember ini. – Agensi
0 Ulasan