Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Letupan bom 2 kenderaan di Mogadishu, korban lebih 100 maut, 300 lagi cedera

MOGADISHU, Somalia – Angka korban insiden letupan bom di ibu negara Somalia, Mogadishu, meningkat kepada 100 orang, demikian menurut Presiden Hassan Sheikh Mohamud hari ini.

Letupan bom 2 kenderaan di Mogadishu, lebih 100 maut dan 300 lagi cedera
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat dari tempat kejadian serangan bom 2 buah kereta di Mogadishu, Somalia, pada 29 Oktober 2022 [Farah Abdi Warsameh/ AP]

“Setakat ini, bilangan mangsa yang meninggal dunia mencecah 100 orang manakala 300 lagi cedera. Angka bagi kedua-duanya dijangka terus meningkat,” kata Hassan selepas melawat lokasi kejadian.

Pihak berkuasa Somalia sebelum itu mengesahkan insiden letupan bom yang dipasang pada dua buah kereta yang meragut nyawa ramai mangsa termasuk wartawan tempatan, Mohamed Eise Koona, lapor agensi berita United Press International.

Perdana Menteri Somalia, Hamza Abdi-Barre meletakkan tanggungjawab kedua-dua letupan itu ke atas kumpulan pelampau al-Shabaab.

“Salam takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dan mereka yang cedera dalam serangan hari ini.

“Kerajaan tetap komited untuk memerangi dan menghapuskan kumpulan pengganas al-Shabaab dari negara kita,” kata Barre menerusi laman Twitter.

Kumpulan itu bagaimanapun tidak mengaku bertanggungjawab atas pengeboman tersebut tetapi al-Shabaab jarang melakukan sebarang serangan di tempat terbuka.

Sadiq Doodishe, jurucakap polis, memberitahu pemberita bahawa wanita, kanak-kanak dan orang tua telah terbunuh dalam serangan itu.

Letupan bom dua kenderaan di Mogadishu, lebih 100 maut dan 300 lagi cedera
Rakaman lokasi kejadian dua letupan bom kenderaan di Mogadishu, Somalia kelmarin. - EPA

Sasaran awal pengebom adalah di Kementerian Pendidikan Somalia diikuti dengan letupan kedua berdekatan di kawasan Zobe Junction di Mogadishu.

Baca: Pengeboman berani mati di Kabul: berpuluh puluh maut, kebanyakannya wanita

Serangan semalam itu berlaku di kawasan yang sama di mana sebuah trak yang penuh dengan bahan letupan meletup pada 14 Oktober 2017, membunuh 512 orang dan mencederakan lebih 290 yang lain. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan