Manusia memang bermacam ragam. Agak tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Lena Lynn yang berkongsi kisah sayu apabila tidak dapat menziarah jenazah suaminya buat kali terakhir.
“Berdosa ke saya?..” – Isteri kedua dihalang oleh isteri pertama masuk ziarah jenazah suami |
Difahamkan, beliau merupakan isteri kedua kepada suaminya tetapi telah dihalang oleh pihak keluarga tuan rumah dan isteri pertama walaupun dia sudah cuba untuk berbincang dengan baik.
Malah, adik beradiknya juga turut cuba berbincang untuk mendapat kebenaran masuk untuk melihat arwah namun tetap dihalang.
Menerusi video tersebut, Lena juga kecewa apabila haknya sebagai isteri kedua tidak diendahkan walaupun dia yang banyak menjaga suami bagai menatang minyak yang penuh.
@touchlena Sambungan VTT jawapan kenapa Jenazah Suami saya berpindah Lokasi. Jgn tabur Fitnah dan Percaya bile Hanya dengar Sebelah Pihak saje. #alfatihah #kematian #suami #family #zalim ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio
Komen netizen
Y. That’s why kalau boleh nk kahwin jangan cari suami orang berat dugaan nya nk menanggung 😌 sabar ye sis Kuatkn hati ~
norramira: secara x lngsung terbuka aib arwah yg mungkin 'x mampu' menguruskan dgn baik isteri2 nya..
zaitonzaraahmad: isteri 1 ke 2 ke 3 atau 4 tetap isteri yg sah..suami pun pinjaman aje jgn nk acah2 hak milik kita kekal abadi..bersyukur suami kwin lain x d ceraikn
❤️ RidzuaNadia ❤️: Allahu.. Knp perlu smpi mcm tu. Sy isteri pertama. Alhamdulillah baik dgn yg kedua. Xsmpi ht xgamak rasa nye nk buat mcm ni. Yg sudah tu sudah la. 🥺
Baca juga: “Pasti ada kifarah...” Suami lafaz talak 3 semasa live TikTok, Isteri pasrah raih simpati netizen
Ada lagi: Isteri bertindak nekad ‛panjat’ kereta suami yang sedang selingkuh dengan kekasih gelap
Cerita madu 3: [Video] “Saya minta suami cari isteri sebab nak berteman ” Mimi kini bahagia dengan 3 madu..
Sumber: Tiktok Touchlena
0 Ulasan