Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Isteri bertindak nekad ‛panjat’ kereta suami yang sedang selingkuh dengan kekasih gelap

JAKARTA – Seorang wanita yang mendapat tahu mengenai kecurangan suaminya bertindak nekad dengan berdiri di hadapan kereta lelaki itu yang sedang dipandu sehingga dirempuh secara tidak sengaja, lapor laman berita Suara.com semalam.

Isteri nekad ‛panjat’ kereta suami yang sedang selingkuh dengan kekasih gelap
Isteri nekad ‛panjat’ kereta suami yang sedang selingkuh dengan kekasih gelap

Berdasarkan sebuah video yang tular di media sosial, seorang wanita bertudung hitam dilihat berdiri di hadapan sebuah kereta berwarna hitam yang dipandu suami bersama perempuan simpanannya.

Wanita itu dirempuh secara perlahan oleh kereta tersebut sehingga membuatkannya hampir jatuh, namun, dia dengan pantas memanjat ke atas bonet hadapan kereta itu.

Kedengaran suara orang ramai yang berada di lokasi kejadian menjerit melihatkan situasi itu.

Baca juga: [Video] Bakal pengantin perempuan serkap calon suami curang dengan wanita lain

Suami wanita berkenaan yang berada di dalam kereta bersama teman wanitanya hanya berdiam diri dan enggan keluar dari kenderaan itu.


Ia membuatkan orang ramai menghampiri dan mengepung kenderaan tersebut agar kedua-dua mereka keluar dari kereta itu.

Ada lagi:
1: Muka masam bergambar dengan isteri, Wanita ini dedah suami ada kekasih gelap
2: Gara-gara tiada nafsu pada suami, isteri sanggup selingkuh dengan dua lelaki
3: Suami kantoi cuba berselingkuh dengan wanita lain, diseret isteri

Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Pasti anda fikirkan ia seperti dalam drama Layangan Putus, namun rasa sakit hati kali ini adalah sesuatu yang nyata,” kata seorang netizen.

“Tidak dapat bayangkan bagaimana rasa malunya lelaki itu,” kata seorang lagi. – AGENSI


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan