Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Bila OKU dihina, kita tak akan duduk diam...” – Wakil OKU Sentral buat laporan polis terhadap Kak Long

Orang kata terlajak perahu boleh diundur tapi jika terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Itulah perumpaman yang sesuai dikatakan terhadap kejadian yang menimpa Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura.

“Bila OKU dihina, kita tak akan duduk diam...” – Wakil OKU Sentral buat laporan polis terhadap Kak Long 7E
“Bila OKU dihina, kita tak akan duduk diam...” – Wakil OKU Sentral buat laporan polis terhadap Kak Long 7E 

Susulan video ‘live’ Facebook miliknya tular sejak semalam yangg memaparkan dirinya berpura-pura menjadi Orang Kurang Upaya (0KU) menimbulkan kemarahan ramai terutama golongan berkenaan.

Walaupun telah meminta maaf dan menafikan tindakannya yangg didakwa meempersenda OKU, nampaknya masih ada yang tidak berpuas hati akan perkara tersebut.


Terbaharu, salah seorang pemuda yang juga merupakan individu OKU yang dikenali sebagai Khairul Hafiz telah memuat naik satu foto dirinya memegang laporan polis terhadap Kak Long 7E.

Menerusi laporan polis yang dimuatnaik oleh pengguna di Facebook OKU Sentral yang dikenali sebagai Khairull Hafiz, beliau berkata ber tanggungjawab untuk mempertahankan maruah OKU setelah dihina menerusi video berkenaan.

“Bila OKU dihina, kita tak akan duduk diam...” – Wakil OKU Sentral buat laporan polis terhadap Kak Long 7E

“Alhamdulillah. Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warga 0KU. Laporan terhadap KakLong telah dibuat. Bila 0KU dihlna, takkan kita nak duduk diam dan terima sahaja. Semoga ada sedikit keadilan & semoga pelaku mengambil pengajaran,” tulis pemilik akaun Khairull Hafiz.

Sementara itu, menerusi paparan skrin yang dikongsikan di akaun Facebook OKU Sentral juga, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura difahamkan telah membuat permohonan maaf.

"Video saya yang semalam saya minta maaf banyak. Saya ni memang suka buat orang marah kan. Jadi minta tolong maafkan saya. Saya tak buat dah.

Baca: [Video] - Kak Long 7E Dungun tular lagi kali ini biadap buat Live FB hina orang kurang upaya OKU pula

"Demi Allah saya tak ada niat nak hina OKU. Saya akui saya buat live semalam saya gurau saja. Tapi benda itu buat ramai terasa, saya minta maaf sekali lagi. Demi Allah saya tak ada niat hina OKU.

"Serba benda nak rakam, kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat. Saya tak hina OKU, saya tak ada sebut nama siapa-siapa. Kenapa cari silap saya selalu," luahnya di Facebook.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menyokong tindakan pemuda berkenaan. Bahkan mereka juga turut berharap perkara ini menjadi pengajaran buat wanita itu.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan