Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

KWSP umum syarat asas untuk pengeluaran khas RM10,000 bermula 1 April 2022

Bahagian Media Desk KWSP telah mengeluarkan kenyataan media mengenai syarat untuk pengeluaran khas KWSP RM10,000, sebaik sahaja pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai kebenaran pengeluaran khas ini.

KWSP umum syarat asas permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 bermula 1 April 2022

Kenyataan media daripada KWSP:

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2022: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
16 Mac 2022

Rumusan Syarat Pengeluaran

  1. Permohonan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun sahaja.
  2. Tarikh permohonan: 1 April 2022 dan berakhir 30 April 2022.
  3. Tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.
  4. Jumlah pengeluaran: maksimum RM10,000 dan minimum RM50.
  5. Pengeluaran dari Akaun 2, jika tak cukup boleh guna Akaun 1.
Sumber: Media Desk KWSP


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan