Pihak berkuasa akan melakukan siasatan terhadap pelakon, Zul Ariffin yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi menerusi kandungan tidak senonoh berbentuk seksual yang dimuatnaiknya di laman sosial baru-baru ini.
Isu video panas, Menteri sahkan pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Akta Komunikasi |
Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di akaun Twitter miliknya hari ini.
Menurut Annuar, pelakon filem Penunggang Agama itu bakal disiasat di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik kandungan di Youtube yang menyalahi undang-undang.
“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain.
“Jagalah nilai dan budaya,” tulisnya.
Di bawah undang-undang tersebut, mana-mana pihak yang didapati bersalah memuat naik, menyebar mahupun berkongsi sebarang kandungan berunsur jelik dan lucah di Internet boleh dipenjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Baca: JAKIM gesa 2 kementerian ambil tindakan tegas terhadap isu penyiaran video panas ‘Perempuan Itu’Zul dan pelakon baru, Siti Hariesa menerima kecaman hebat netizen selepas video yang memaparkan aksi lucah melibatkan kedua-dua pelakon tersebut tular di media sosial.
Turut menerima kecaman adalah pengarah drama Perempuan Itu, Ain Shariff.
Sumber: Utusan Online.
0 Ulasan