Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pegawai perisikan Ukraine dakwa ada orang dalam rancang untuk hapuskan Putin

KIEV – Pegawai-pegawai perisikan Ukraine mendakwa bahawa kelompok elit Rusia sedang menyusun rancangan menyingkirkan Presiden Vladimir Putin daripada kedudukannya termasuk dengan cara meracuni pemimpin berkenaan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Presiden Vladimir Putin
Pegawai perisikan Ukraine dakwa ada kelompok elit dalaman sedang rancang untuk hapuskan Putin

Ketua Direktorat Perisikan Kementerian Pertahanan Ukraine berkata, sekumpulan ‘orang dalam’ yang berpengaruh di Moscow sedang merancang komplot untuk menjatuhkan Putin.

Matlamat kumpulan tersebut adalah untuk menggulingkan Putin secepat mungkin dan memulihkan kembali hubungan ekonomi dengan Barat.

Agensi perisikan Ukraine itu turut mendakwa bahawa pengganti Putin juga sudah dinamakan iaitu Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), Oleksandr Bortnikov.

Pegawai-pegawai berpengaruh di Moscow dikatakan kecewa dengan peperangan pimpinan Putin serta sekatan yang dikenakan ke atas ekonomi Rusia.

“Kami mendapat tahu bahawa Bortnikov dan beberapa wakil berpengaruh di Moscow sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk menjatuhkan Putin daripada kedudukannya.

“Antara cara yang dipertimbangkan adalah meracuni, penyakit mengejut atau apa-apa insiden ‘kebetulan’,” kata Ketua Direktorat Perisikan.

Bortnikov, 70, merupakan sekutu rapat dengan Putin. Mereka mendaki tangga kerjaya secara bersama-sama.

Kedua-duanya juga dilaporkan pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Keselamatan Negara (KGB) di Leningrad, sebelum Bortnikov mengambil alih agensi keselamatan yang dijenamakan semula itu.

Bagaimanapun, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Bortnikov kini tidak memihak kepada Putin disebabkan beberapa kesilapan yang dilakukan dalam peperangan dengan Ukraine.

Satu sumber risikan Ukraine turut mendedahkan bahawa Bortnikov baru-baru ini telah dihina oleh Putin.

“Alasan rasmi kepada penghinaan itu adalah kesilapan pengiraan angka kematian dalam perang melawan Ukraine.

“Bortnikov dan jabatannya bertanggungjawab untuk menganalisis keupayaan tentera Ukraine,” ujarnya. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan