Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

RM400K kos buat muzik video untuk kutip dana sekolah tahfiz? PU Syed tegur Vida

Datuk Seri Vida (Vida) dikatakan telah membuat muzik video (MV) dengan kos sebanyak RM400K dalam usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak miliknya. Usaha beliau ini telah mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen, termasuklah Pencetus Ummah (PU) Syed.

Buat video muzik 'lagha' sampai RM440K untuk kutip dana sekolah tahfiz, PU Syed tegur DS Vida
Buat video muzik 'lagha' sampai RM440K untuk kutip dana sekolah tahfiz, PU Syed tegur DS Vida (Foto: Youtube mStar)

Muzik video sebagai saham akhirat

Menurut Vida, pembikinan lagu dan muzik video (MV) 'Ku Ikhlaskan' itu adalah satu usaha untuknya mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak miliknya.

"Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

"Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati ALLAH.

Luah segalanya dalam lagu

Dalam pada itu, Vida turut memberitahu yang lagu baharunya itu bukan sekadar luahan kisah peribadinya.

"Dalam lagu ini saya mahu menyampaikan keperitan, kehilangan, kecaman bertubi-tubi yang saya hadapi selama ini. Bayangkan selama ini sekecil perkara membabitkan diri saya diambil kira dan diperbesarkan hingga tular malah ada yang mencetuskan kontroversi. Pendek kata, sebesar hama pun diambil kira," katanya.

Teguran PU Syed

Menurut pendakwah bebas itu, kos pembikinan MV tersebut yang menelan perbelanjaan sebanyak RM400 ribu boleh terus digunakan untuk menampung perbelanjaan pusat Tahfiz Vida.

Salah satu babak dalam muzik video Ku Ikhlaskan yang dikatakan sebagai saham akhirat
Salah satu babak dalam muzik video Ku Ikhlaskan yang dikatakan sebagai saham akhirat

Malah, dengan aset kekayaan yang dimiliki Vida juga dikatakan sudah cukup untuk mendirikan pusat tahfiz tersebut, tanpa perlu membuat video muzik yang 'lagha' (sia-sia).


RM 400k untuk video klip sahaja..alangkah bagusnya dana sebesar itu terus digunakan untuk Tahfiz DS.
“Saya rasa kekayaan yang DS ada sudah cukup untuk menampung Tahfiz yang DS dirikan di Meru itu..tempat yang elit dan sangat mewah.” kata PU Syed

Jelas PU Syed, sekiranya Vida tidak menaja program-program berunsurkan hiburan di sebuah stesen televisyen, sudah pasti dia mempunyai perbelanjaan mencukupi.

Selain mempertikaikan tujuan MV tersebut diadakan, pendakwah itu turut menasihati Vida untuk menggunakan kekayaan yang dimiliki untuk tujuan kebaikan.

“Saya yakin dengan kekayaan yang DS ada, tanpa perlu menaja program-program lagha dalam Astro dan sebagainya itu, sudah lebih dari cukup untuk menampung Tahfiz DS.
“Saya tak sempat fikir..apa tujuan sebenar video klip tersebut melainkan semata-mata marketing sahaja..
“Gunakanlah duit dan harta yang ada untk kebaikan ummah..sebab setiap sen yang kita milik itu akan disoal oleh Allah..
“Dari mana kita dapat, dan kemanakah kita belanjakannya..” katanya


Tak boleh jadi ‘Robin Hood’

“Tak boleh jadi sifat Robin Hood dan sebagainya. Kerana mahu melakukan kebaikan kepada Allah, namun dalam masa sama melakukan kemaksiatan kepada Allah.

“Tak boleh lakukan perkara maksiat, namun di hujungnya kita katakan demi mendapatkan reda Allah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sumber: mStar | Murai.my



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan