Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Pemandu kehairanan & cemas jumpa budak seorang diri berlari di jalan raya waktu malam...

Dalam satu kejadian di mana dua individu berdepan detik cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan tiga tahun sedang berjalan sendirian di atas jalan raya yang sunyi pada waktu malam. Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Pemandu kehairanan & cemas jumpa budak seorang diri berlari di atas jalan raya waktu malam...
Pemandu kehairanan & cemas jumpa budak seorang diri berlari di atas jalan raya waktu malam...

Budak atas jalan waktu malam

Berita dari sumber Bangkok Post, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di wilayah timur laut Thailand. Ketika kejadian, dua individu terbabit sedang melalui jalan tersebut dan kebetulan, mereka ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian di tengah jalan raya yang sunyi dan gelap. Difahamkan juga, pada malam itu cuaca hujan.

Menurut individu ini, mereka mengakui agak takut untuk membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan satu perangkap sindiket penipuan. Oleh hal demikian, mereka nekad menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Rupanya tersesat, Mana ibu bapanya?

Menerusi video itu kelihatan kanak-kanak terbabit berlari ke arah kenderaan mereka. Namun mereka perlahan-lahan mengundurkan kenderaan yang dipandu.

Jumpa budak sesat seorang diri berlari di atas jalan raya waktu malam
Kanak-kanak kecil dipujuk oleh pemandu trak pikap yang melihatnya di tengah jalan di Surin pada malam Khamis lepas. (Foto: laman Facebook Aon Singsirda)

Selepas pasukan penyelamat tiba, barulah mereka ada keberanian untuk membuka tingkap dan bercakap dengan kanak-kanak terbabit. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kanak-kanak itu menangis sambil memberitahu bahawa dia tersesat.

Pasukan penyelamat kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah neneknya yang terletak beberapa kilometer dari jalan raya terbabit. Menurut sumber, kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin melawat rumah neneknya. Namun tidak sangka, kanak-kanak malang itu tersesat di tengah jalan raya sebelum tiba di rumah neneknya.

Saksikan video



“Orang ramai harus menjaga anak-anak mereka dengan lebih baik. Kanak-kanak itu berada beberapa kilometer dari rumah dan hujan,” komen seorang pengguna Facebook.

Sementara itu, neneknya berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung tempatan selepas cucunya itu hilang pada kira-kira jam 7 malam.

Sumber: Bangkok Post


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan