Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Tiba² libas penunggang basikal dengan besi, pemandu Wira ADX 4647 diburu pihak polis

Semalam, sebuah video aksi samseng seorang pemandu kereta jenis Proton Wira telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ianya menjadi tular di laman Twitter.

Tiba² libas penunggang basikal dengan besi, Pemandu Wira ADX 4647 diburu pihak polis
Tiba² libas penunggang basikal dengan besi, Pemandu Wira ADX 4647 diburu pihak polis

Menerusi rakaman dashcam berdurasi 52 saat itu, dilihat pemandu Proton Wira berwarna biru itu menghentikan kereta secara tiba-tiba di susur kiri jalan sebelum keluar dari kenderaannya sambil memegang sebatang besi.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu dikatakan berlaku di persimpang lampu isyarat di jalan Seri Manjung – Segari, Manjung yang berlaku pada 13 Mac lalu.

Tindakan samseng pemandu Proton Wira itu menggunakan batang besi untuk memukul penunggang basikal itu yang dipercayai warga asing telah mengundang perasaan marah netizen.

Berikutan itu, pihak polis telah mengenal pasti suspek yang dipercayai ‘melibas’ warga asing tersebut bagi memberi keterangan mengenai insiden yang berlaku itu.

Tambah sumber, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi memaklumkan suspek yang berusia 30-an itu akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 22 Mac.

Nor Omar turut menjelaskan bahawa pemilik kenderaan bernombor pendaftaran ADX 4647 tersebut bukanlah suspek sebenar, sebaliknya rakan kepadanya telah meminjam kereta tersebut. Walau bagaimanapun, pihak polis masih gagal mengesan mangsa ‘libas’ yang menunggang basikal itu.

Nor Omar memaklumkan sekiranya orang awam mempunyai maklumat berkaitan insiden itu, mereka diminta untuk terus terus menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau di mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber : Metro, Twitter Malaysia Most Viral



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan