Seorang model transgender Thai, Rachaya Noppakaroon berkata dia telah dihalang untuk memasuki ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana pasportnya menyatakan dia sebagai seorang lelaki.
Kerana jantina dalam pasport tertulis lelaki, model transgender Thai dihalang dari memasuki Dubai |
Difahamkan, Noppakaroon berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai Ekspo 2020 di mana dia akan muncul dalam acara Muay Thai.
Noppakaroon berkata lawatannya ke pameran dunia itu terhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, walaupun memiliki semua dokumen perjalanan yang diperlukan - termasuk pasport, visa dan bukti vaksinasi.
Noppakaroon membuat hantaran yang panjang dalam Facebook pada Rabu lalu.
Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar saya kembali ke Thailand... Sebabnya kerana saya seorang wanita tetapi saya seorang lelaki."
Noppakaroon sedang duduk di Bilik Menunggu Lelaki setelah permohonannya untuk memasuki Dubai ditolak oleh pihak imigresen |
Kira-kira sembilan jam kemudian, Noppakaroon - yang merupakan naib juara dalam pertandingan ratu cantik Miss Tiffany's Universe 2014 Thailand untuk wanita transgender - berkata akhirnya permohonannya untuk masuk ke Dubai ditolak oleh pegawai imigresen yang menyuruhnya duduk di bilik menunggu lelaki.
Rachaya menyifatkan insiden itu sebagai pengalaman yang pahit dan mimpi ngeri buatnya di mana dia disuruh duduk menunggu di bilik menunggu lelaki dan diganggu oleh kakitangan lapangan terbang dengan pelbagai soalan bagaimana dia mengubah jantina dan berapa saiz payudaranya.
Noppakaroon cuba membuktikan bahawa dia adalah wanita dengan menunjukkan beberapa klip karyanya tetapi tidak diendahkan dan lelaki itu hanya berminat dengan seks.
Rachaya Noppakaroon kembali dengan "air mata" ke Thailand. Gambar Facebook / Rachaya Noppakaroon |
Walaupun diasak teruk dalam sesi soal siasat sehingga mengalir air mata, model itu mendakwa dia tetap dinafikan hak dan diusir pulang ke negara asal.
Noppakaroon sedih dan menangis kerana tiak dapat membuat persembahan di ekspo tersebut.
Sumber: Malay Mail
0 Ulasan