Tular laporan polis dibuat, dakwa ADUN Johor empat kali cabul wanita ahli parti politik |
Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.
“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,”katanya ringkas.
Menerusi laporan tular itu mangsa mendakwa telah diganggu secara seksual ketika hadir ke program dihadiri ADUN berkenaan.
Wanita itu mendakwa kejadian pertama berlaku pada 2 Januari lalu namun bertindak mendiamkan diri kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini.
Kejadian kedua dan ketiga pula berlaku pada 3 Januari serta 12 Januari namun mangsa mendakwa tidak berani untuk menceritakan perkara itu kerana memikirkan status selain bimbang dinafikan perkara itu.
Kejadian terakhir berlaku pada 13 Januari sebelum mangsa nekad membuat laporan polis selepas diraba dibahagian sulit.
Sementara itu, ADUN berkenaan menyifatkan perkara itu adalah sebagai serangan politik kepada dirinya.
ADUN berkenaan yang dihubungi mengakui beliau mengenali wanita itu hanya sebagai seorang Ahli Jawatankuasa di daerah itu sejak setahun lalu dan tidak lebih daripada itu.
Laporan polis yang dibuat |
“Saya maklum perkara itu bagi saya ruang berbincang dengan peguam saya kemudian saya akan beritahu bagaimana. Saya memang kenal dia baru setahun, dia dalam Ahli Jawatankuasa. Saya minta maaf bagi saya bercakap dengan peguam saya dahulu,”katanya.- K! ONLINE.
0 Ulasan