Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Kalau larang beri ceramah, undanglah saya buat konsert.” — Ustaz Kazim Elias

Pendakwah bebas tersohor, Datuk Mohd Kazim Elias memberitahu dia tidak menolak sebarang kemungkinan larangannya untuknya mengadakan ceramah di Pulau Pinang mempunyai kaitan dengan kejutan awalnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Ustaz Kazim Elias
Ustaz Kazim juga memberitahu dia sudah terlibat secara aktif dan mungkin akan menceburi bidang lakonan memandangkan filemnya akan keluar tidak lama lagi

Bagaimanapun, dia lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias patuh dengan keputusan serta peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kerana dikatakan tidak memiliki tauliah mengajar.

“Saya telah menyampaikan kuliah dan ceramah di seluruh Pulau Pinang sejak 1995, sudah 27 tahun. Isu tauliah pada masa itu tidak jadi isu, cuma sekarang baharu ditimbulkan.

“Jadi, saya mohon maaf selama saya memberi ceramah di Pulau Pinang dari tahun 1995, dari belum dapat anak sehingga sekarang, ceramah saya tidak bertauliah,”ujarnya.

Ustaz Kazim berkata, dia memohon maaf sekali lagi kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan MAINPP kerana dia tidak memiliki tauliah sehingga membuatkan perbuatannya itu kurang sopan.

Tambah Ustaz Kazim, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah mengajar dari negeri Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja. Malah, tidak mempunyai hasrat untuk memohon tauliah dari negeri lain.

Sekiranya tiada jemputan, beliau akan mengadakan ceramah di pelbagai platform dalam talian seperti Facebook, Youtube dan TikTok seperti kebiasaan yang diadakan sebelum ini.

Dalam masa sama, Ustaz Kazim berharap agar negeri-negeri yang melarangnya datang membuat ceramah, bolehlah memanggilnya membuat konsert tanpa menyentuh isu agama, ayat al-Quran dan hadis.

“Saya telah menubuhkan kumpulan nasyid dan kumpulan muzik saya sendiri. Kalau negeri-negeri tadi mahu jemput saya tetapi boleh buat ceramah, boleh undang kami untuk konsert. “Konsert tidak perlu membuat tauliah,” katanya.

Selain itu, Ustaz Kazim juga memberitahu dia sudah terlibat secara aktif dan mungkin akan menceburi bidang lakonan memandangkan filemnya akan keluar tidak lama lagi.

“Berlakon filem pun tidak perlu tauliah. Saya rasa saya akan tumpu kepada filem dan drama,”katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 16 individu termasuk Ustaz Kazim dilarang membuat ceramah di Pulau Pinang memandangkan mereka tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP.

Sumber: Kosmo!



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan