Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Akibat tertekan dikuarantin, wanita China maut jatuh dari tingkat 12 pangsapuri

BEIJING – Seorang wanita maut terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pangsapuri di China akibat tertekan selepas rumahnya dikunci dari luar ketika menjalani perintah berkurung Covid-19, lapor akhbar Daily Star semalam.

Akibat tertekan dikuarantin Covid-19, wanita China maut jatuh dari tingkat 12 pangsapuri
Mangsa jatuh dari tingkat 12 bangunan apartmen selepas tertekan menjalani kuarantin. – pic Twitter

Wanita berusia 55 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental.

Bangunan apartmen tersebut di daerah Xincheng di Hohhot yang merupakan sebuah bandar di wilayah Inner Mongolia, dikuarantin selepas dua kes Covid-19 dilaporkan pada 26 Oktober lalu.

Pegawai tempatan mengeluarkan kenyataan Ahad lalu menyatakan bahawa ahli keluarga mangsa telah menghubungi pekerja komuniti yang bertugas serta menelefon talian kecemasan pasukan perubatan tempatan.

Namun, beliau mengaku gagal memberikan bantuan mencukupi bagi menangani situasi yang dihadapi oleh Wang.

Menurut laporan, pagar besi kediaman wanita itu telah dikunci dari luar yang menyebabkan mangsa terdesak untuk keluar.

Laporan di media sosial China, Weibo, mendakwa bahawa anak perempuan Wang yang berusia 29 tahun meminta pengurus bangunan agar menghubungi talian kecemasan.

Pengurus tersebut kemudian menyuruh wanita itu agar menelefon sendiri (talian kecemasan) kerana dia sedang sibuk.

Satu rakaman audio turut mendedahkan bunyi anak perempuan mangsa mengetuk pagar dan merayu pekerja kebajikan agar membuka pintu rumah ibunya.

“Buka pintu ini, buka pintu ini! Tolonglah, saya merayu,” kata anak mangsa.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, siasatan mendapati bahawa pengurusan dan anggota masyarakat lambat bertindak balas, tidak bertindak balas dengan betul dan tidak sensitif terhadap kecemasan.

“Insiden ini mendedahkan kelewatan dalam perkhidmatan hartanah kediaman serta kelemahan dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ia menggambarkan ketidaksempurnaan mekanisme penghantaran kecemasan,” kata kenyataan tersebut. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan