Apa yang berlaku di Guanajuato, Mexico? Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di Lexus Bar, yang terletak di Lebuhraya Panamerican Apaseo el Alto-Queretaro.
Anggota forensik meneliti lokasi jenayah di mana kumpulan bersenjata membunuh sembilan mangsa di sebuah bar di Apaseo El Alto, Guanajuato, di Mexico. - Foto Reuters |
Serangan yang berlaku kira-kira jam 9 malam waktu tempatan itu turut mengakibatkan ramai orang tercedera di bandar Apaseo el Alto.
Menurut saksi, seorang lelaki bersenjata di atas trak tiba di bar Lexus dan melepaskan tembakan ke arah mereka yang berada di dalamnya.
Pada pukul 9:20 malam ketika 911 menerima banyak panggilan meminta bantuan daripada polis dan ambulans kerana serangan bersenjata telah berlaku di sebuah bar di tepi Lebuhraya Panamerican, de Marzo Street, berhampiran akses utama ke Apaseo el Alto.
Majlis perbandaran tempatan, dalam satu kenyataan, berkata mangsa yang terbunuh disahkan lima lelaki dan empat wanita manakala dua lagi wanita yang cedera berada dalam keadaan stabil.
Menurut media tempatan, pemilik Lexus Bar, tempat kejadian tembakan Guanajuato, meninggal dunia.
Penyerang belum dapat dikenal pasti dan menurut pihak berkuasa, pasukan Pengawal Kebangsaan serta pihak berkuasa persekutuan akan mengambil alih siasatan.
Guanajuato ialah sebuah kawasan perindustrian yang sering menyaksikan pertembungan ganas antara kmpulan penjenayah Jalisco New Generation dan kartel dadah Santa Rosa de Lima.
Laporan awal pihak berkuasa Mexico mengatakan kejadian tembakan yang berlaku di bar tersebut adalah perang narkotik antara 2 kartel dadah iaitu Kartel Santa Rosa de Lima (CSRL) dan Kartel Jalisco – Generasi Baru (CJNG.
Poster dan risalah berkaitan dua kumpulan jenayah itu ditinggalkan di lokasi, yang merupakan satu amalan biasa di Mexico selepas pembunuhan kumpulan pesaing atau anggota pihak berkuasa.
Video kejadian tembakan yang di muatnaik di Facebook
Media tempatan berkata, serangan itu dilakukan sebagai membalas dendam atas penangkapan Juan Rodolfo Yepez, seorang pemimpin Santa Rosa de Lima, pada Selasa lalu.
Beberapa jam sebelum serangan, 18 kenderaan dibakar di kawasan sekitar Apaseo el Alto.
Setakat ini, lebih 2,100 pembunuhan didaftarkan di Guanajuato antara Januari hingga Ogos. - AFP & American Post
0 Ulasan