KUALA LUMPUR: Sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) meningkat mendadak kepada 20,000 pendaftaran selepas misi terbaharu pasukan itu berakhir.
![]() |
| Seramai 20,000 rakyat Malaysia daftar sertai misi Global Sumud Flotilla |
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata, angka tersebut meningkat berbanding hanya 600 pendaftaran rakyat Malaysia sebelum misi GSF dijalankan.
“Enam ratus orang Malaysia daftar untuk ikut GSF melalui laman webnya sebelum misi.
“Namun selepas misi tamat, 20,000 lagi telah mendaftar. Break the silence Malaysia: accomplished,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, rejim Israel telah memintas kesemua 42 kapal misi kemanusiaan GSF ke Gaza dan menahan 495 aktivis termasuk 23 dari Malaysia yang kemudian dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober. - Sinar Harian.

0 Ulasan