Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Motorsikal bergesel treler, pembonceng terjatuh maut digilis tayar, suami cedera

BAGAN SERAI: Seorang pembonceng wanita maut selepas motosikal dinaikinya dipercayai bergesel dengan sebuah treler muatan besi di kilometer 103 Jalan Ipoh-Butterworth, di sini, malam tadi.

Pembonceng motosikal maut digilis tayar treler, suami cedera
Pembonceng motosikal yang terjatuh di atas jalan dan kepalanya digilis tayar treler disahkan maut di lokasi kemalangan, Km103 Jalan Ipoh-Butterworth. - Foto ihsan pembaca

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Juna Yusoff berkata, susulan kemalangan tersebut, wanita warga Indonesia berusia 40 tahun itu terjatuh di atas jalan raya dan kepalanya digilis tayar treler.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan iaitu treler jenis Hino dan motosikal jenis Honda Wave, sedang datang dari arah sama, Bagan Serai ke Semanggol.

Menurut Juna, dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, mangsa sedang menaiki motosikal bersama suaminya.

"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai motosikal yang dinaiki sepasang suami isteri telah bergesel dengan treler muatan besi di bahagian tepi sebelah kiri.

"Akibat daripada pergeselan tersebut, motosikal telah hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

"Pembonceng terjatuh atas jalan dan kepalanya digilis tayar belakang sebelah kiri. Mangsa disahkan maut di lokasi kemalangan manakala suaminya warga tempatan berusia 51 tahun hanya cedera ringan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 - Astro Awani.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan